READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Mozilla Akan Menyokong 64-Bit Melalui Firefox 5.0

Diterbitkan pada February 9, 2011 oleh

Sehingga kini, hanya Microsoft sahaja secara rasminya menyediakan pelayar web untuk Windows 64-bit. Namun, perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi, dengan Mozilla dijangka akan memperkenalkan Firefox 5.0 dengan sokongan untuk pengguna Windows 64-bit.

Mozilla sebelum ini telah pun cuba membangunkan Firefox dalam bentuk variasi 64-bit, selain beberapa versi pembangunan terawal Firefox 4.0 yang turut ditawarkan dalam 64-bit. Namun begitu, seperti ianya terpaksa ditangguhkan sementara, dan Firefox 4.0 tidak akan didatangkan dalam bentuk 64-bit.

Firefox 4.0 sudah pun kini dalam fasa terakhir pembangunan, selain Mozilla telah pun memperlihatkan perancangan mereka untuk memperkenalkan sehingga 3 versi baru Firefox pada tahun ini. Jadi, berkemungkinan besar, para pengguna 64-bit tidak perlu menunggu masa yang lama sebelum Firefox 5.0 dilepaskan.

Terdapat 2 komen
  1. ooo..
    eheh

    rasanya dah lama sangat guna FF4 beta, bila released nanti dah tak berapa “umphh” sangat sebab dah tak rasa baru (hilang bau kedai)..
    FF5 mungkin dpt mengembling semula adrenalin utk menggunakan browser terbaik dari Mozilla.

Komen

Nama
Web