Cari @ Amanz

Sehingga kini, hanya Microsoft sahaja secara rasminya menyediakan pelayar web untuk Windows 64-bit. Namun, perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi, dengan Mozilla dijangka akan memperkenalkan Firefox 5.0 dengan sokongan untuk pengguna Windows 64-bit.

Mozilla sebelum ini telah pun cuba membangunkan Firefox dalam bentuk variasi 64-bit, selain beberapa versi pembangunan terawal Firefox 4.0 yang turut ditawarkan dalam 64-bit. Namun begitu, seperti ianya terpaksa ditangguhkan sementara, dan Firefox 4.0 tidak akan didatangkan dalam bentuk 64-bit.

Firefox 4.0 sudah pun kini dalam fasa terakhir pembangunan, selain Mozilla telah pun memperlihatkan perancangan mereka untuk memperkenalkan sehingga 3 versi baru Firefox pada tahun ini. Jadi, berkemungkinan besar, para pengguna 64-bit tidak perlu menunggu masa yang lama sebelum Firefox 5.0 dilepaskan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd