Cari @ Amanz

Dengan tertumpunya pada Groupon dan GroupsMore, kami terlepas berita mengenai MyDeals, salah satu laman tawaran harian yang terkemuka di Malaysia. Ianya kini diketahui, yang mana MyDeal dengan Yahoo! Malaysia telah mengumumkan kerjasama strategik mereka pada hujung bulan Januari yang lepas.


Logo Yahoo! Pada Laman MyDeal

Melaluinya, pelbagai tawaran harian yang dibawakan oleh MyDeal diperlihatkan pada laman utama Yahoo! Malaysia, sekaligus memberikan impak yang lebih meluas kepada laman MyDeal. Pada masa yang sama, ianya juga memberikan kebenaran untuk pihak Yahoo! menjenamakannya sebagai Yahoo! Deals, selain logo Yahoo! turut dipaparkan pada laman MyDeal.

Seperti sedia maklum, laman MyDeal dan GroupsMore merupakan antara laman tawaran harian dalam pembelian berkumpulan yang popular di Malaysia. MyDeal merupakan salah satu laman dibawah rangkaian Rebate Networks, yang mana mempunyai rangkaian laman tawaran harian yang meluas di sekitar Asia Tenggara.

Tips daripada @appsmy. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus atau emel kepada media(a)amanz.my.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd