16Feb

MyDeal Bakal Memperkenalkan Diskaun Untuk Pelancongan

Web 2.0

Setelah berjaya dengan laman tawaran harian untuk pembelian berkumpulan, kini MyDeal terus dalam usaha untuk memperkembangkan perkhidmatan mereka, dimana kini mereka dijangka akan memperkenalkan laman khas untuk tawaran pelancongan.

Ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan, ataupun adakah ianya akan diintegrasikan bersama-sama dengan laman MyDeal sedia ada. Melaluinya kelak, MyDeal dijangka akan menawarkan diskaun sehingga lebih 90% untuk tawaran pelancongan dipelbagai bandar utama disekitar Malaysia.

Sebelum ini, MyDeal telah mengumumkan kerjasama bersama-sama Yahoo! Malaysia dalam memperluaskan dan meningkatkan perkhidmatan mereka. Pada masa yang sama, pesaing terdekat mereka, GroupsMore pula telah diambil-alih oleh Groupon, sekaligus memperlihatkan pesaingan sihat dalam industri pembelian berkumpulan tempatan.


70 Weblog Paling Popular di Malaysia
Carian Pada Facebook Di Pertingkatkan
Twitter Bakal Menggunakan Peringkas URL Tersendiri
MFace.ME Membawakan Platform Blog Seumpama Tumblr
Lowyat.net Memasuki Arena Jual-Beli - Memperkenalkan Kedai Pakaian Atas-Talian

1 Komen

  1. SADDAM pada 16 Feb 2011

    wah, satu persaingan yang sehat :) dan menguntungkan pengguna .


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader