25Feb

MyFriends2U Melancarkan Fungsi Soal-Jawab

Web 2.0

Setelah memperkenalkan laman jual-beli dan juga antaramuka yang baru sebelum ini, kini pihak MyFriends2U terus melangkah kehadapan dengan memperkenalkan fungsi soal-jawab pada laman mereka. Melaluinya, para pengguna boleh mengutarakan persoalan, dan mendapatkan jawapan daripada pengguna lain dengan mudah dan pantas.

Salah satu perkara yang sering dikongsikan melalui status pada laman-laman sosial adalah status berbentuk soalan, dan dengan adanya platform seumpamanya, para pengguna boleh berinteraksi dengan lebih ramai pengguna lain, serta turut dijadikan rujukan oleh pengguna lain pada masa hadapan kelak.

Buat masa ini, laman myFriends2U Question masih lagi diperingkat beta, namun sudah boleh diuji oleh semua penggunanya. MyFriends2U juga kini dalam proses membangunkan aplikasi sosial untuk pengguna BlackBerry, selain turut sama dalam proses membangunkan laman komik, WuuhuuOnline.


ChurpChurp - Media Pengiklanan Twitter Dari NuffNang
Facebook Menserasikan Halaman Mudah-Alih Mereka
Groupon Malaysia Kini Memegang Groupon.my - Rekabentuk Baru Halaman Bakal Diperkenalkan
Facebook Melancarkan Lebih 60 Aplikasi Untuk Timeline
Facebook Mula Memperkenalkan Sokongan Untuk Melindungi Facebook Pages

3 Komen

  1. Bob pada 25 Feb 2011

    Adeh.. perasan tak apa yang aku perasan? kita bole ******* komen :)

    • Aman pada 25 Feb 2011

      tau. aku dah inform admin. =)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader