06Feb

NetXpert Bakal Memperkenalkan Komik Dalam Talian

Web 2.0

Mungkin ramai yang sudah kenali akan NetXpert, iaitu syarikat disebalik laman sosial tempatan, MyFriends2U. Menariknya, selain daripada laman sosial, pihak Netxpert juga bakal memperkenalkan sebuah produk baru, iaitu komik dalam talian dengan nama WuuhuuOnline.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan dan bakal dilancarkan seawal bulan Mac ini. Melalui laman tersebut, para pengguna boleh mengikuti pelbagai komik tempatan dan antarabangsa secara terus melalui desktop, selain turut disediakan aplikasi untuk iPhone dan iPad.

Melalui aplikasi iPhone dan iPad, ianya bakal membawakan pelbagai efek, sama seperti anda membaca komik yang sebenar, dengan efek untuk menukar halaman dan yang lain-lain.


Aplikasi Prototaip WuuhuuOnline

Selain daripada WuuhuuOnline ini, pihak Netxpert juga seperti sedia maklum dalam proses membangunkan aplikasi sosial MyFriends2U untuk para pengguna BlackBerry yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Mungkin banyak lagi produk menarik kita boleh lihat daripada mereka sepanjang tahun ini.


Kemaskini Kepada WordPress 2.7.1 Secara Automatik
Selepas InfoMalaya, Kini Negaraku Pula?
MOHE Memperkenalkan Forum Untuk IPTA dan PTPTN
Dengan Pengenalan Pelbagai Fungsi Baru, Isu Privasi Kembali Menghantui Facebook
MPH Turut Sama Menyertai Arena Penerbitan Digital Melalui MPH Digital

9 Komen

  1. Ayie pada 06 Feb 2011

    hurmm baguslah macam tu. Diharapkan sangat2 agar SN Malaysia dapat kalahkan FB

  2. Wan pada 06 Feb 2011

    komik tempatan?pasni x payah beli gempak dah la

  3. RT pada 06 Feb 2011

    memang terbaik

  4. Eriyza pada 06 Feb 2011

    Hohoho!
    My sista mesti suka ni.

  5. Pandu.my pada 07 Feb 2011

    aku rasa aku tau laa ofis dia kat mane. macam penah dengan je nama company ni,

  6. mosyar pada 07 Feb 2011

    apa link domain dia? aku buka xleh pun. konpius !

  7. Mat Khairuddin B. Mat Taha pada 14 Apr 2011

    Macamana nak hantar kartun ke website ni..? Email atau pos?

    • Aman pada 14 Apr 2011

      boleh emel terus kepada mereka.:)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader