03Feb

News Corp Sedia Untuk Menjual MySpace

Web 2.0

Nampaknya, setelah mencuba untuk memperbaiki laman MySpace, kini News Corp seperti sudah berputus-asa dan bersedia untuk menjual laman sosial yang dahulunya dikhaskan kepada pencinta muzik itu. Walaupun sebelum ini News Corp pernah menyatakan hasrat mereka untuk menjual, ini adalah kali pertama mereka menyatakannya secara rasmi.

Buat masa ini, News Corp diperkatakan sedang berbincang dengan bebereapa pihak berkenaan dengan masa depan MySpace, dan mungkin dalam beberapa bulan lagi, kita akan mendengar berita berkenaan dengannya. Sejak kemunculan Facebook, MySpace seperti tergugat, sehingga sebelum ini, MySpace sendiri telah menyertakan fungsi untuk daftar MySpace menggunakan akaun Facebook.

Sebelum ini, MySpace telah diambil-alih oleh News Corp pada tahun 2005, ketika zaman kegemilangannya, dengan bayaran $580 juta. MySpace juga baru-baru ini telah memperkenalkan rekabentuk baru dalam usaha untuk menarik kembali minat pengguna, namun ianya seperti masih gagal. Mungkin pemilik baru MySpace kelak akan mempunyai idea baru dalam menarik kembali pengguna menggunakan laman sosial tersebut.


WordPress.com Memperkenalkan Widget Langganan Blog
Aplikasi Skype Untuk Android Di Lepaskan
Joel Neoh Akan Menjadi CEO Groupon Malaysia
Lelong Bakal Menganjurkan E-Commerce Fair
Facebook Mula Memperlihatkan Beberapa Slot Pengiklanan Yang Baru

7 Komen

  1. Syukri_Lajin pada 03 Feb 2011

    ByeBye Myspace.

  2. dodol pada 03 Feb 2011

    sayonara Myspace,guess what,kalau x da FB semua dok bergak kowt kat Myspace,remember myspace few years ago adalah Legend,so aku rasa kalau nak kutuk ke apa,xleh nak kata pa lah,FB twiter oter memang bnyak improvise n bnyak pengaruh,but pepapun Kudos for TOM,u r the man.(gua ingat lagi gua 24-7 main myspace masa masa zaman kegemilanganyer)

  3. Scromix pada 03 Feb 2011

    ada typo di situ…

  4. Taufik Mansor pada 04 Feb 2011

    myspace tetap meningglkan kenangan yang bermakna dalam diri saya. Oh myspace. :’(

  5. suffer8zine pada 04 Feb 2011

    kalau dah boleh daftar myspace connect to facebook mmg dah nmpk la facebook lebih jauh maju, dan myspace sendiri mrnyokong kemajuan facebook

  6. Ali ridha pada 04 Feb 2011

    kesian myspace dah nak kena jual.
    terdapat banyak tu kumpulan
    muzik dilahirkan melalui myspace.sedih.

  7. Taufik Mansor pada 04 Feb 2011

    facebook bakal mengalami apa yg dialami myspace pada 10 tahun akan dtg. hidup ini bagai roda beb. kejap ada di atas kejap ada di bawah :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader