09Feb

Nokia Hentikan Pembangunan Telefon MeeGo Pertama

Gajet, Perisian

Selain daripada ura-ura memperkatakan yang mana Nokia akan mula menggunakan Windows Phone sebagai platform mudah-alih mereka, kini beberapa laporan memperkatakan yang mana Nokia telah pun menghentikan pembangunan telefon pintar pertama yang menggunakan MeeGo, sekaligus membatalkan pelancarannya.

Walaubagaimanapun, perkara ini bukanlah suatu perkara yang besar, memandangkan Nokia sendiri tidak pernah mengumumkan perantian tersebut secara rasminya, dan pelbagai perkara boleh berlaku dalam pembangunan. Pada masa yang sama, Nokia juga dijangka akan memperlihatkan beberapa perantian berasaskan MeeGo yang lain tidak lama lagi.

MeeGo yang mendapat sokongan ramai pihak, termasuk Intel dan AMD sebelum ini dinantikan oleh para pengguna, selain diperkatakan boleh membawa Nokia menyertai saingan dalam pengeluaran telefon pintar dengan keupayaan tinggi. MeeGo merupakan salah satu usahasama yang dibawakan oleh Nokia dan Intel, hasil gabungan platform berasaskan Linux mereka, iaitu Maemo dan Moblin.

Nokia dijangka akan membuat pelbagai pengumuman pada hari Jumaat ini di London, yang mana amat dinantikan oleh ramai pihak, selain daripada peminat dan pengguna setia Nokia. Mungkin kita akan dapat mendengar beberapa laporan berkaitan MeeGo juga pada masa tersebut.


Video sekadar memperlihatkan platform MeeGo


Edit Imej Melalui Pelayar Web Dengan Ubiquity
Blackberry Storm2 Daripada Celcom Bulan Hadapan
TweetDeck Bakal Mendapat Pemilik Baru - UberMedia
Aplikasi iPad Harian Metro Dimuat-Turun Lebih 7 Ribu Kali
Dari Majalah Cetak Ke Arah Digital - PC.com Melancarkan Aplikasi iPad

5 Komen

  1. Wan Perlis pada 10 Feb 2011

    nokia terbaik
    keypad nokia best.hehe
    tak silap 60% sumber ekomoni Finland dtg dari nokia

  2. Jebat Malaya pada 10 Feb 2011

    setakat nak pakai meego, guna n900 pun boleh.. guna custom rom..

    • mikaielle pada 10 Feb 2011

      JM: ko gune kat mane?
      ada custom rom utk diamond touch tak?
      dapat dari mane bro? Stable tak?

  3. suffer8zine pada 10 Feb 2011

    baru tahu ni, nice bro

  4. Juan pada 10 Feb 2011

    pakai android lagi best, hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader