Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nokia kini bereksperimen dengan sistem operasi Symbian mereka, dengan menguji cara baru untuk unlock akan telefon anda setelah ianya tidak digunakan buat seketika, dan seterusnya melakukan perkara biasa yang anda buat gunakan telefon anda dngan pantas. Untuk menjayakan perkara ini, Nokia memperkenalkan Nokia Bubbles.
Bubbles akan diaktifkan apabila telefon Symbian anda dalam mode tidur, dimana anda boleh mengakses aplikasi-aplikasi kegemaran anda dengan pantas dengan memilih kekunci apps. Seterusnya, senarai aplikasi kegemaran, dan yang aktif akan diperlihatkan dalam bentuk bebuih, sekaligus memudahkan anda mengaksesnya dalam cara yang menarik sekali.
Buat masa ini, ianya dalam versi beta, dan para pengguna telefon pintar Symbian boleh mengujinya secara percuma pada perantian masing-masing dengan memuat-turun Nokia Bubbles.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
macam best. donlot serta merta.
Haha, messy design.
#rejected.
Hotak hang messy….
sedihnye.. x leh gune lg kat nset nokia 5800 xpressmusic
nokia mmg best. nk try pakai nokia balik la pasni