08Feb

Oh! Media Bakal Memperkenalkan Radio Dalam Talian

Web 2.0

Oh! Media, salah satu rangkaian blog terkemuka di Malaysia, kini dijangka akan memperkenalkan radio dalam talian mereka sendiri, dengan nama Oh! Media FM tidak lama lagi. Melaluinya kelak, laman Oh! Media FM juga turut sama dijangka akan menyediakan fungsi sembang, selain fungsi radio dalam talian dan sebagainya.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui, bila manakah Oh! Media FM akan dilancarkan secara rasminya. Namun begitu, daripada pengumuman yang dibuat oleh pihak Oh! Media, ianya seperti tidak lama lagi, dan mungkin perkara ini akan menjadikan industri radio dalam talian bergiat lebih aktif, serta memberikan saingan yang sihat kepada radio-radio utama yang lain.

Mungkin juga kita boleh nantikan sebuah slot yang membincangkan berkenaan berita IT dan sebagainya, selain daripada permintaan lagu dan berita hiburan yang lain melalui radio dalam talian – Oh! Media FM kelak. Sama-sama kita nantikan.


ChurpChurp - Media Pengiklanan Twitter Dari NuffNang
FourSquare Dalam Perbincangan Bersama Gergasi Carian
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
Eksklusif : CouponHouz Dijenamakan Semula Kepada CouponXcess
Fail APK Untuk Flipboard Mula Tersebar Di Arena Internet

38 Komen

  1. topo pada 08 Feb 2011

    fuyo nak buat radio plak lepas ni.. hohoh makin banyak la nanti oh media jadi penyumbang cukai pada negara :)

    • Affan pada 08 Feb 2011

      ahaha. jauh ko pikir

  2. NoktahHitam pada 08 Feb 2011

    call.. maki hamun. hahaha

    • Piratz pada 08 Feb 2011

      like… sape la nak jadi DJ tue kan..

  3. Omar pada 08 Feb 2011

    haha.. harapnya lepas ni takde isu provokasi oleh fan-fan oh media.. tunggu AmanzFM pulak la pasni.

  4. kaizendeen pada 08 Feb 2011

    Aku sokong amanz buat amanz fm pulak.Tentu berkisar pasal IT.Tak pun buat podcasting ke.. :)

  5. Jebat Malaya pada 08 Feb 2011

    tunjuk muka kat internet pun x nak, nak buat radio pulak… tunggu amanzFM dah la.. Kurang-kurang penah nampak gak muka kat internet…

    • syahrilhafiz pada 08 Feb 2011

      haha, tu la..
      harap khai berani tonjol sikit pasni..
      baru best!!!

    • Ikhwan pada 08 Feb 2011

      Tak semestinya Khai yang on air.
      Nanti pandai-pandai la dia upah orang.
      Apa daa..

      • syahrilhafiz pada 08 Feb 2011

        gaga, dia banyak krew der..
        tak kisah sangat
        yang di jebat bincang skank, muka si khai tuh..
        adeh la..haha

    • Khai pada 09 Feb 2011

      Alahai.. orang melayu kita. Tunjuk muka tak tunjuk muka pun nak dijadikan isu yg x masuk akal. Aku selalu je tunjuk muka dalam event2 dan meet up dengan blogger2 Malayu kita soal bisnes.. Maaf la kalau mengganggu duit poket anda. LMAO~

      • hanz pada 09 Feb 2011

        khai wat x tau jer khai…

      • Taufik Mansor pada 11 Feb 2011

        wakakakaka…. :D

      • Jebat Malaya pada 12 Feb 2011

        aku tak kisah khai oi.. kurang-kurang pun biar la para blogger kenal anda.. kami pun nak jugak kenal sapa blogger yang hebat ni..

  6. Wan pada 08 Feb 2011

    pastu wat tv lak

    • Lina pada 09 Feb 2011

      Pastuh wt movie laks..ahaks..khai jadi tuan director..gadiz lonely jadi tukang solek..cantek!

  7. Taufik Mansor pada 08 Feb 2011

    ceh…. kepada kerajaan apa lagi…. kenakan cukai pada diorang ni….. ROTFL ! :D

  8. Sham Hardy pada 08 Feb 2011

    memperkenalkan… segmen ‘Panggilan Hangus!!’ :P

  9. suffer8zine pada 08 Feb 2011

    wahhh makin maju la, syabas oh media

    • Khai pada 09 Feb 2011

      Terima kasih. InsyaAllah akan cuba memberikan yang terbaik nanti.

  10. zool pada 08 Feb 2011

    Boleh la aku anto demo tape. nak siarkan kat ohmedia fm. agak2 boleh tak man??

  11. paeh pada 08 Feb 2011

    bahahaha.

    sape la krew yang handle radio tu ye dak…. =P

  12. chidori pada 08 Feb 2011

    pehh makin byk produk diorang nih.. masyook..

  13. Mohd Isa pada 08 Feb 2011

    pergh…adakah khai bakal menjadi dj? hehe

    • Khai pada 09 Feb 2011

      oh! tidak sama sekali.. hehehe..

      • topo pada 13 Feb 2011

        suruh aman jadi dj weh.. suara dia jambu giler.. hahaha

  14. Ezany-Kun pada 09 Feb 2011

    jangan nnt asek promosi blog2 ohmedia jer sudah la.. :D

    • Khai pada 09 Feb 2011

      Slot selingan tu tentulah kena ada. Tapi takde la “asek” promosi bak kata anda tu.. Jangan risau. Hehe..

  15. Khai pada 09 Feb 2011

    Alhamdulillah. Terima kasih amanz kerana highlight mengenai soal Oh! Media FM ni. Harap OMFM nanti dapat bersaing dengan radio-radio komersil dan online yang lain. InsyaAllah pelbagai slot akan dimuatkan termasuklah seperti yang dikatakan, slot yang membincangkan soal IT dan teknologi.

    Mengenai iklan di dalam radio berdasarkan komen beberapa pembaca di atas, buat masa ini, masih tiada lagi perbincangan menjurus ke arah itu. Apapun plan awal sememangnya akan memastikan radio online tersebut nanti bebas iklan & juga bebas dari lagu penyanyi Indonesia.

    Sokongan anda semua amatlah dihargai. Komen kritikan sentiasa dialu-alukan <3

    • Luthfi pada 10 Feb 2011

      Aku boleh je nak jadi DJnya.. janji bayar! hahaha

    • iwan pada 13 Feb 2011

      yeah yg penting bebas lagu indon

      • Taufik Mansor pada 13 Feb 2011

        lagu indon la best. lagu melayu sekarang ni merapu je. x menghiburkan langsung. Komposer muda kat Malaysia ini kena la belajar lagi cara-cara nak buat lagu yg berkualiti. ini lagu tangkap muat je.

        artis sekarang hanya pikir $$$$ sahaja. karya tolak ke belakang.

        apapun lagu 90-an tetap terbaikkk :D

  16. Nik Najmi pada 09 Feb 2011

    Salam, radio FM Online ni ambo pernoh jadi DJ dulu sekali dlm website torrent menorent tapi itu cerita lama.. hehe..

    p/s: tak payah mana setting dia.. just guna winamp pon blh..
    p/s/s : jgn tanyo ambo lagu mano setting dio, ambo lupo doss.. :p

  17. asx pada 09 Feb 2011

    kan lagi bagus kalau oh! FM.

  18. RedBoys pada 09 Feb 2011

    jangan lupa slot untuk blogger. lain drpd yang lain. baru best. maju2.

  19. shaharil pada 09 Feb 2011

    Makin berpengaruh Oh! Media di Tanah Malaya ni.

  20. cikgu faezah pada 10 Feb 2011

    hoho..makin dikenali dan popular la oh media jawabnya. hehe..

  21. Abang Lie pada 14 Feb 2011

    Abang pun suka kalau adik Aman buat talk show pasal IT. Musti ramai peminat. Silap2 dapat slot dalam TV nanti. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader