09Feb

Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui Angka 10 Juta

Web 2.0

Nampaknya, penggunaan Facebook di Malaysia kian meningkat dengan drastik dari semasa ke semasa. Pada bulan Januari yang lepas, kita dapat lihat pengguna Facebook tempatan melangkaui angka 9.5 juta, dan statistik terkini memperlihatkan yang mana pengguna Facebook tempatan telah pun mencapai angka 10 juta pengguna.


Statistik Semasa Facebook di Malaysia [via]

Daripada statistik semasa yang dikeluarkan oleh SocialBakers, pengguna Facebook Malaysia yang paling ramai adalah dalam lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun sebanyak lebih 38%, dan diikuti dengan pengguna berumur antara 25 hingga 34 tahun dengan lebih 33%. Pada masa yang sama juga, ianya diketahui yang mana pengguna Facebook tempatan berjantina lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan, iaitu sebanyak 53%.

Facebook Malaysia
Ucapan Terima Kasih Daripada Pasukan Facebook Malaysia [via]

Di Malaysia, Facebook merupakan laman yang paling popular, dan sering dilawati oleh para penggunanya, meninggalkan Google dibelakang. Buat masa ini, keseluruhan pengguna Facebook adalah dianggarkan berjumlah lebih kurang 586 juta, dan bakal mencapai angka 600 juta tidak lama lagi.


Automattic Membeli ATD : Fungsi Semakan Ejaan
Friendster Memperkenalkan Antaramuka Baru
ChurpChurp Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru Laman
MyEmail Masih Memerlukan Biometrik - Laman Tidak Siap Sepenuhnya
Lebih 14 Akaun Laman Sosial Milik Pihak KRU Digodam

19 Komen

  1. Wan pada 09 Feb 2011

    org malaysia addict pesbok
    sebaiknya ibubapa halang anak sekolah rendah ada pesbok

  2. zik pada 09 Feb 2011

    banyak betul… memang diakui lebih ramai dari pengguna google…

  3. aizuddin pada 09 Feb 2011

    semua benda sekarang promote guna facebok je..

  4. afandy pada 09 Feb 2011

    ramai btul…. tapi dengan banyak tujuan gak kan?? berniaga, mencari kawan baru dan lama, merapatkan ukhwah, meruntuhkan rumahtangga pun bleh gak kan??

  5. naqiuddin pada 09 Feb 2011

    rama bena taro tuh. sedak gapo gak pesbuk tu, xpehe kawe.. huhu

  6. Ikhwan pada 09 Feb 2011

    Mungkin pengguna hanya 5 juta, seorang ada dua akaun.
    Jadilah 10 juta.

  7. ridhuan pada 09 Feb 2011

    bang, salah tatabahasa tuh “dari masa ke masa” atau “dari semasa ke semasa” =)

    • Aman pada 09 Feb 2011

      dah update. thanks~ =)

  8. Nazri pada 09 Feb 2011

    Ya, betul. Kalau sorang satu akaun, mungkin kurang sikit… tapi 7-8 juta ada kot…

  9. eheh pada 09 Feb 2011

    ooo..
    eheh

    aku je dah ade 3 account..
    1 akaun peribadi
    1 akaun ‘kegunaan-pejabat’
    1 akaun dah lupa password

  10. ikhwan pada 09 Feb 2011

    sekarang mak bapak pun dah ade facebook kut kut nenek pun dah ade

    • Pemerhati 2 pada 13 Feb 2011

      Paent boleh guna untuk pantau anak-anak.

  11. isa pada 09 Feb 2011

    facebook. Adakah ia meningkatkan produktiviti diri kita atau sebaliknya? Fikir-fikirkan.

  12. budaini pada 10 Feb 2011

    bertambah kaya c mark tuh… :)

  13. suffer8zine pada 10 Feb 2011

    pehhh pehhh ramai, thnx 4 info bro

  14. Taufik Mansor pada 11 Feb 2011

    facebook ni laju bila surf…kalau lembap jgn harap la nak bukak fb

  15. aiezatt pada 27 Jul 2011

    pengguna fesbook bnyk pngguna coz nye bez..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Jumlah pengguna FB Malaysia 10075420 | Puadede.Com
  2. Awas, bahaya facebook semakin parah! – Cili Hati

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader