27Feb

Picasa Web Kini Tidak Mengambil Kira Gambar dan Video Bersaiz Kecil

Google

Google sentiasa menawarkan tawaran terbaik dalam storan dalam talian. Selain sering meningkatkan ruangan storan untuk GMail, kini Google turut menawarkan sesuatu yang menarik untuk pengguna Picasa, dimana kini Google tidak mengambil kira gambar bersaiz kurang 800px dan video dibawah 15 minit pada Picasa.

Melalui polisi baru pada Picasa, kini Google tidak lagi mengambil kira video yang kurang daripada 15 minit dan juga gambar bersaiz kurang daripada 800px, sekaligus menjadikan para penggunanya berkongsi dengan lebih mudah lagi.

Perkara ini juga akan membolehkan lebih ramai aktif menggunakan Picasa Web, sekaligus menaikkan lagi angka penggunaan laman tersebut, dan pegangan pasarannya. Namun begitu, dengan dunia yang kini makin beralih kepada teknologi definisi tinggi, mungkin kelak Google akan mendapat keuntungannya dengan lebih pantas, memandangkan gambar beresolusi tinggi bersaiz lebih besar, dan memakan ruangan storan yang lebih banyak.

Untuk video pula, memandangkan Google sememangnya antara penyedia dan pengehos video terkemuka didunia melalui YouTube, mungkin mereka ingin mengalakkan penglibatan para pengguna dalam pembangunan video dan berkongsinya dengan yang lain dengan mudah melalui platform Picasa mereka.


YouTube Memburukkan Video Yang Di Embed
Android dan Chrome OS Bakal Disatukan?
Google Memperkenalkan Butang Perkongsian Google Plus Pada Reader
Google Bar Turut Sama Akan Diintegrasikan Pada YouTube?
YouTube Menguji Pemain Video Dengan Sokongan Thumbnail Untuk Video Penuh

3 Komen

  1. Melz pada 27 Feb 2011

    Hoho Terbaiklah . Aku memang pengguna Picasa . lagipun blogspot integrate dengan Picasa so memang banyaklah gambar2 yang lama aku hostkan dalam picasa ;)

    nice2 :)

  2. Eriyza pada 27 Feb 2011

    Apa lagi nak diperkatakan selain caiyolah.
    Sbg pengguna Blogspot, sudah tentu Picasa
    menjadi penghos gambar rasmi untukku. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader