Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, modem mudah-alih WiFi daripada Maxis didatangkan dengan nama SSID dan kata laluan yang telah ditetapkan terlebih dahulu, yang mana mungkin tidak menarik, dan agak sukar untuk diingati. Namun begitu, perkara ini boleh diubah oleh pengguna dengan mudah secara terus melalui panel pengurusannya yang boleh diakses terus melalui pelayar web.

Seperti diperkatakan sebelum ini, melalui Modem WiFi Peribadi Maxis, para pengguna boleh berkongsi akses jalur-lebar mereka bersama-sama lebih 5 perantian lain pada suatu masa yang sama. Untuk menjadikannya lebih menarik, mungkin anda ingin mengubah nama SSID dan kata laluannya, sekaligus menjadikannya lebih eksklusif lagi.
Untuk mula mengubahnya, para pengguna hanya perlu akses ke panel pengurusannya melalui alamat http://192.168.1.1 ketika anda disambungkan kepada internet melalui modem tersebut. Seterusnya anda boleh log masuk kedalam panel tersebut dengan menggunakan nama pengguna admin dan juga kata laluan admin. Anda boleh mengubah kata laluan tersebut dengan mudah melalui panel pengurusan tersebut.
Dengan log masuk ke panel tersebut melalui pelayar web, anda akan diperlihatkan dengan halaman khas untuk Quick Setup Wizard. Anda boleh melangkah perkara ini, dan seterusnya ke Advanced Settings. Melalui Advanced Settings, seterusnya memilih WLAN Basic Settings untuk mengubah nama SSID terlebih dahulu.

Halaman Tetapan Asas WLAN Pada Modem WiFi Maxis
Pada halaman WLAN Basic Settings, tukar nama SSID kepada nama pilihan anda, dan seterusnya tekan butang Apply pada halaman tersebut. Memandangkan dengan klik Apply, anda telah mengubah nama SSID anda, anda perlu sambungkan semula sambungan internet anda, dan log masuk semula ke panel pengurusan tersebut.

Log Semula Ke Akses WiFi Yang Baru
Seterusnya untuk mengubah kata laluan WiFi anda, klik pada Advanced Settings dan pilih WLAN Advanced Settings. Pada bahagian WPA Pre-Shared Key, masukkan kata laluan yang anda inginkan, dan tekan butang Apply. Seterusnya, sekali lagi sambungan internet anda perlu dibuat, dengan menggunakan kata laluan baru anda.
Selain daripada perkara ini, pelbagai perkara lain lagi yang boleh dibuat secara terus melalui panel pengurusan jalur-lebar tersebut, dan adalah lebih baik sekiranya anda terlebih dahulu mengubah kata laluan untuknya supaya tidak diceroboh oleh mereka yang tidak diingini.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bateri modem tue tahan lama tak aman? rechargeable ke ta?
boleh caj semula pakai USB. Bateri dia tahan sampai 4 jam.
review mantap. hacking terus…. hahaha
peh…pakai jolicloud nampak…haha…
ermmm..lazat nyer…byk P1 nyer user…internet free dh tuh…
Omar sukakan perkara dia atas.. takde tempat like la pulak amanz.my ni..
wahhh banyak p1 user
amanz,bila na recharge kne off wireless x? aku ingt na amik jgk,tp takut xsmpt hbs 6 bln.. huhu
takyah tutup. boleh jer caj sambil surfing. kalau takut tak habis 6 bulan, just beli asing jer modem WiFi dia. =)
bro, nak best lagi pkai je portable wifi modem dari d-link…ape yg sy tau same jugak modem dia, hrge pun RM499 xsilap…boleh masuk sim card(share wifi max 5 user dlm satu-satu mase) ataupun boleh buat sambung LAN je antare pc dengan modem…kalau salah tlong betul kan…
http://www.phone-guide-germany.com/3g-modem-routers-ipad-wifi/3506/
jom ber-wifi dgn modem maxis sambil promosikan blog sendiri, macam yg amanz.my buat…hehe