Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
WebImpian yang sebelum ini telah memperkenalkan beberapa laman, termasuk TanyaSoalan, LamanBlog dan Mau.my, kini dalam perancangan untuk memperkenalkan laman atau perkhidmatan jualan tema WordPress mereka sendiri, sama seperti KreativeThemes dan yang lain.
Untuk makluman semua, salah seorang pembangunnya merupakan pemilik asal BlogOhBlog yang pernah menjual laman beliau, dan menjadi antara yang terawal menjual laman blog kepada yang lain di Malaysia. Dan untuk projek terbaru ini, WebImpian dijangka akan mengetengahkan konsep minimalis, dan tidak begitu menggunakan grafik dengan meluas. Ianya juga masih lagi dalam perbincangan samaada mereka akan menjual tema WordPress keluaran mereka kepada umum terus melalui laman web yang dibangunkan oleh mereka, ataupun melalui laman pihak ketiga seperti ThemeForest dan sebagainya.
Di Malaysia, terdapat beberapa pembangun yang menyediakan dan menjual tema WordPress dan yang lain, termasuk KreativeThemes, ThemeBaker, 12 Designs Project, dan LiteThemes yang masih belum dilancarkan lagi. WebImpian dijangka akan melancarkannya menjelang bulan Mac 2011 ini.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
pergh ni bob punya ke.. hohoho
Ui, abang pun nak buat la jugak. Nama themeabang.com
sukakan nya gandakan nya
kami mesti pilih…hehe
mantop. kena jmpa tok guru nk menuntut
theme yang premium ader x yang free
bob ni seorang yg aku respek dari dulu lagi..caya la..semoga sukses!
peh brother bob punya rupanya… idea dan inovasi beliau memang sentiasa mantap…
tunggu theme wordpress cun dari webimpian
semuanya ringkas dan nampak kemas. cayalah!
Serius, kami perlukan themes ini. Segeralah keluar kamu!
ikhlas dari hati aku ni.
keluar la satu istimewa untuk aku.
ade je projek bob nie… chaiyok2…
terbaik~ ke march 13 !!!