17Feb

Windows 8 Pada 2012?

Microsoft

Dengan tersebarnya latar masa untuk produk Dell, salah satu perkara yang didapati adalah dimana kita akan dapat melihat tablet menggunakan Windows 8 seawal suku tahun pertama 2012. Namun menjadi persoalannya adakah ianya benar?

Sebelum ini, spekulasi memperkatakan yang mana Windows 8 akan mula berada dipasaran pada Januari 2013, memandangkan sehingga kini masih tidak kelihatan versi pembangunan pertama yang diperlihatkan kepada umum. Ianya diura-ura akan yang mana Windows 8 Milestone 2 sedang dalam ujian dalaman, dan masih perlu melalui banyak lagi fasa sebelum Beta pertama diperlihatkan.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, Microsoft akan mempercepatkan lagi pembangunan sistem operasi generasi baru mereka, dan mungkin akan diperkenalkan pada tahun 2012. Tetapi, adakah ianya seawal suku tahun pertama 2012?


Muat-Turun Windows 7 Sekarang
Paparan Antaramuka Morro Mula Kelihatan
Ura-Ura : Microsoft Dalam Perbincangan Awal Untuk Membeli Yahoo!?
Microsoft Menerangkan Task Manager Pada Windows 8
Muat-Turun Sebarang Distro Linux Dengan Mudah Melalui Get Linux

2 Komen

  1. nirzas pada 17 Feb 2011

    bagus lar..bru cadang nk bli lab top baru nie..haha

  2. Ali ridha pada 17 Feb 2011

    masalah virus la aku tak suka guna Windows ni.
    lebih baik layan Linux.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader