24Feb

WordPress 3.1 Dilancarkan

Web 2.0

Setelah dinantikan sekian lama, pihak pembangun WordPress kini telah pun melancarkan WordPress 3.1 secara rasminya. WordPress 3.1 menggunakan nama kod “Reinhardt” membawakan pelbagai kemaskini dan beberapa fungsi baru. Ianya boleh dimuat-turun dengan mudah seperti biasa, ataupun dikemaskini secara automatik melalui panel pengurusan blog yang menggunakan WordPress.

Melalui WordPress 3.1, ianya membawakan fungsi baru yang membolehkan para pengguna membuat pautan antara entri sebelum ini dengan mudah terus melalui panel pengurusan. Selain daripada itu, ianya turut membawakan fungsi Admin Bar, membolehkan anda mengakses panel pengurusan WordPress anda dengan mudah walaupun anda sedang melayari blog anda.


Admin Bar Pada WordPress 3.1

Pada masa yang sama, melalui WordPress 3.1, ianya membawakan pelbagai sokongan tambahan, menjadikannya ianya menyokong pelbagai sokongan CMS, sekaligus membolehkan pelbagai perkara menarik dibangunkan menggunakan WordPress dengan mudah.

Dengan pelancaran WordPress 3.1, pihak pembangunnya juga akan memulakan pembangunan versi seterusnya iaitu WordPress 3.2 tidak lama lagi. Seperti diperkatakan sebelum ini, WordPress 3.2 tidak lagi akan menyokong PHP 4 dan MySQL 4, selain mana mereka akan lebih menumpukan untuk menjadikan sistem mereka lebih pantas dan menambah baik beberapa perkara dari segi plugin. Pembangunan WordPress 3.2 juga dijangka akan dipercepatkan lagi daripada WordPress 3.1.


mynic Memperkenalkan Rekabentuk Laman Yang Baru
Friendster Shoutout Stream - Pengintegrasian Twitter?
Fungsi Retweet Kini Di Uji Di Twitter
Aplikasi Twitter Untuk Mac Diperkemaskini
Groupon Memperluaskan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang

6 Komen

  1. chidori pada 24 Feb 2011

    nice..

  2. Juan pada 24 Feb 2011

    aku baru jer update tadi, best best

    • mosyar pada 24 Feb 2011

      betul2. sudah update maa…

  3. Ali ridha pada 24 Feb 2011

    baharu aku perasan pagi ni.
    laju mendadak aman tebar roti
    canai pagi ni.

  4. Muhammad Aiman pada 24 Feb 2011

    huhuhuhu.menarik ni.boleh edit blog walaupun buka blog sendiri.nak gi update la

  5. Taufik Mansor pada 25 Feb 2011

    sudah update.. memang menarik antaramukanya… :D


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader