Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai pengguna platform blog percuma, WordPress.com inginkan sesuatu kelainan daripada blog-blog yang lain pada laman tersebut, dan menariknya, kini Automattic memperkenalkan fungsi tema berbayar, dimana para penggunanya boleh mendapatkan tema berkualiti tinggi dan menarik serta unik dengan suatu harga yang amat berpatutan sekali.
Sehingga kini, para pengguna yang memasang sendiri WordPress pada server mereka mempunyai kebebasan penuh dalam menukar tema, manakala para pengguna WordPress.com tertakluk kepada tema-tema yang ditawarkan melaluinya sahaja. Namun mungkin ianya berubah tidak lama lagi.
Sebagai permulaan, Automattic menawarkan dua tema berbayar, iaitu satu daripada WooThemes manakala lagi satu daripada Theme Foundry. Mungkin tema daripada lebih banyak penyedia akan diintegrasikan pada WordPress.com tidak lama lagi.
Selain WordPress.com, Tumblr turut menyediakan perkhidmatan seumpamanya, dimana para pengguna boleh memilih samaada ingin menggunakan tema percuma ataupun tema berbayar dengan perkhidmatan percuma mereka.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Mungkin lepas ni lebih banyak pengguna WP.com akan dapat kita lihat..
wp.com: Benda yang free takkan pernah sama dengan yang berbayar (wp self hosted).
Cool!
kena bayar tema berbayar wp.com.
tema wordpress self host html5 tu la yg gempak beb
semalam baru perasan akan perkara ni kat akaun wordpress.com aku…
pasti akan sangat menarik nie dan semoga sayapun bisa mendapat kesempatan