28Feb

WuuHuu Online Dilancarkan

Web 2.0

Seperti yang dinantikan sebelum ini, Netexpert Sdn Bhd telah pun bersedia dengan isu pertama untuk majalah atas talian mereka, Wuuhuu Online. Edisi pertama, bersama-sama dengan web bakal dirasmikan pada 1 Mac 2011 ini, membolehkan para pengguna membaca majalah komik secara percuma terus melalui pelayar web.

WuuHuu Online merupakan salah satu projek e-komik, yang mana menghimpunkan para kartunis daripada Malaysia dan Indonesia, dan merupakan salah satu usaha untuk kearah teknologi tanpa kertas, selain pada masa yang sama membolehkan para pembaca menikmatinya sama seperti majalah yang asal. Laman web tersebut juga disediakan dalam tiga bahasa berlainan, iaitu Bahasa Malaysia, Indonesia dan English.


Wuuhuu Online

WuuHuu Online menggunakan flash dalam memperlihatkan majalah mereka, dan didatangkan dalam dua variasi, iaitu resolusi tinggi dan juga resolusi rendah. Aplikasi iPhone juga dijangka bakal diperkenalkan tidak lama lagi.


MalaysiaKini Memperkenalkan Fungsi Komen
Facebook Lite Sebagai Pencabar Twitter?
Beta.my Dilancarkan - Memeriahkan Dunia Blog Teknologi Berbahasa Malaysia
Laman Carian Twitter Diberikan Nafas Baru
Infografik : Laman Sosial Twitter Dalam Tempoh 5 Tahun

5 Komen

  1. aleesha pada 28 Feb 2011

    wow..ini sangat best.lepas ni kalaiu boring-boring main fb, boleh baca komik..nice

  2. steady eddie pada 28 Feb 2011

    i luv komik…ahahahaha

  3. mohadila pada 01 Mar 2011

    bangga sungguh dgn pencapaian ICT negara skang nie, macam2 inovasi telah ditunjukkan. Syabas buat wuuhuu online dan myfriends2u.com atas pencapaian ini.

  4. arifcool pada 01 Mar 2011

    nice nice!.huhu

  5. afiq pada 14 Apr 2011

    syabas dan tahniah saya ucapkan…


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader