14Feb

Sony Memperkenalkan Telefon Playstation – Xperia Play

Gajet

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura berkenaan dengan telefon PlayStation daripada Sony, kini akhirnya, pihak Sony Ericsson sendiri telah mengumumkan dan memperkenalkan perantian tersebut kepada umum di pentas Mobile World Congress yang berlangsung hari ini.


Sony Ericsson Xperia Play [via]

Telefon PlayStation, ataupun yang mana dikenali sebagai Xperia Play ini menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, dan pada masa yang sama, ianya diintegrasikan bersama-sama dengan perisian daripada Sony sendiri, iaitu Sony PlayStation Suite untuk membolehkan para pengemar permainan menikmati permainan pada telefon pintar mereka.

Dari segi spesifikasi, Xperia Play membawakan cip 1Ghz Snapdragon, memori 512MB RAM, kamera 5-megapixel dibelakang, dan kamera hadapan untuk panggilan video. Xperia Play menggunakan skrin seluas 4-inch yang membawakan resolusi 480×854 pixel, membolehkan penggunanya menikmati permainan dengan mudah dimana-mana sahaja. Xperia Play dijangka akan mula dijual bermula bulan Mac ini.

Selain Xperia Play, Sony Ericsson juga turut sama memperkenalkan dua perantian yang lain, iaitu Xperia Neo dan juga Xperia Pro, masing-masing membawakan Android 2.3.


Nokia Melancarkan Telefon Dwi-SIM - Nokia C2-03
Samsung Galaxy S2 Terjual Lebih Daripada 6 Juta Unit
Nokia Bakal Melepaskan Kemaskini Symbian Belle Dua Hari Lagi?
RIM Bakal Memperkenalkan BlackBerry Tag Untuk Mempromosikan Penggunaan NFC
Pandang Pertama : Samsung Series 7 Slate - Tablet Windows 7 Dari Samsung

6 Komen

  1. suffer8zine pada 14 Feb 2011

    wahhh makin maju la SE ni, mmg gamers kejar ni

    Terkini : Kanak-kanak Ada 26 jari

  2. Iskandar pada 14 Feb 2011

    Hah!

    SE dah tinggalkan Nokia jauuhhh ke belakang! Daripada pening2 bangunkan OS phone sendiri, baik gunakan Android, customize serba sedikit, dan buat phone yg canggih manggih.

    Sekarang ni phone2 mcm LG, Motorola, Samsung yg dulunya tertinggal belakang Nokia, semua dah mula naik balik — semua gara2 Nokia yg tak boleh decide samada nak terus bangunkan OS sendiri/pi joint venture dgn company company OS lain. Malangnya, last2 dia pi joint venture dgn Microsoft.

    Macam aku ckp sebelum ni, aku dah serik beli Symbian dah. Smartphone2 Nokia ni suka hang tak bertempat, slow dan langsung tak sexy kalau nak dibandingkan dgn phone2 generasi baru.

    Cayalah SE!

  3. chidori pada 14 Feb 2011

    i loikee..

  4. zool pada 14 Feb 2011

    Xperia mini pun aku tak mampu lagikan ini

  5. Mohd Shahrul Hafizi pada 14 Feb 2011

    Fuyooh! Menarik tu. Tetapi PSP2 lagi menarik perhatian. Hehehe.

  6. nizam pada 07 Mar 2011

    betul3….nokia pny OS slalu bmslh…baek gne phone SE…rekaan pon best n gmpaq…aq mmg mnat giler ngan hp SE…cyalah…xsbr nk dptkn SE bru…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader