Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Yahoo! kini mula menghantar emel kepada para pengguna MyBlogLog, mengatakan yang mana mereka tidak lagi akan meneruskan perkhidmatan tersebut bermula daripada 24 Mei akan datang ini. Pada masa yang sama, para pengguna yang telah membayar untuk perkhidmatan berbayar MyBlogLog akan menerima wang mereka kembali untuk pembayaran selepas tarikh tersebut.
Sebelum ini, ianya telah tersebar, mengatakan yang mana MyBlogLog akan ditutup oleh Yahoo! melalui sebuah paparan slaid yang tersebar pada bulan Disember lepas. Selain daripada MyBlogLog, Yahoo! juga menempatkan Yahoo! Buzz dan Delicious pada kategori sama, dan mungkin ianya akan diumumkan tidak lama lagi. Sebelum ini juga diperkatakan yang mana Yahoo! sedang mencari pemilik baru untuk Delicious, namun seperti masih tidak ditemui lagi.
MyBlogLog yang menawarkan sebuah widget memperlihatkan pembaca dan sebagainya pada Blog, dimana telah dibeli oleh Yahoo! pada tahun 2007 dengan nilai sebanyak $10 juta.
@amanfirdaus Yahoo! MyBlogLog will officially discontinue effective May 24, 2011 (via email receive from Yahoo!)
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wahahaha… takleh lawan google friend connect ah tuuu…
Memang patut pun diberhentikan sebab dah tak ramai pun yang guna MyBlogLog ni. Aku sendiri pun dah hampir lupa pernah guna benda alah ni..
Dulu memang ramai guna MyBlogLog
tapi sejak akhir-akhir ni dah semakin kurang
ada juga akaun MyBlogLog tapi tak aktif sangat
Satu lagi projek gagal dari Yahoo… kesian mereka..
apapun before nak keluarkan projek baru lagi, better Yahoo power’kan dia punya Ymail tu dulu.. sadis sgt dah kalau nak compare dengan gmail..
apohal? habis tu domain mybloglog tak jual ke? harusnya jadi harga 100 juta kalo branding lagi power… hehehe