11Feb

Yahoo! Memperkenalkan Livestand

Yahoo!

Dengan dunia tablet yang semakin popular pada masa sekarang ini, Yahoo! kini memperkenalkan LiveStand, yang mana akan menawarkan pelbagai kandungan dan berita yang ditetapkan mengikut minat anda. Ianya bakal diperkenalkan pada platform iPad dan Android tidak lama lagi, dan mungkin akan diperluaskan kepada pelbagai platform.

Melalui LiveStand, Yahoo! akan menawarkan pelbagai kandungan yang terkini dan menarik, mengikut citarasa anda. Pelbagai berita, termasuk daripada berita dunia dan semasa, hiburan, sukan, berita tempatan dan sebagainya akan ditarik daripada pelbagai laman Yahoo! serta daripada Yahoo! Contributor Network. Mungkin pelbagai pengeluar kandungan dalam talian juga akan menyertai Yahoo! dari semasa ke semasa.

Yahoo! Livestand kelak dijangka akan diperlihatkan pada Mobile World Congress yang bakal diadakan di Barcelona minggu hadapan.


Yahoo! Messenger 9 Di Lepaskan
Microsoft : Live Search dan Pemilikkan Yahoo!
Carol Bartz - CEO Baru Yahoo!
Penggunaan Enjin Bing Pada Yahoo! Kini Meliputi 17 Buah Negara
Google Berminat Untuk Mendapatkan Yahoo!?

1 Komen

  1. Uder pada 11 Feb 2011

    dah cam aggregator dah nampaknya.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader