Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, setelah memperkenalkan sokongan video HD pada 1tube.my, pihak mereka juga dalam proses membangunkan dan menaik-taraf laman mereka, dimana versi baru bersama-sama dengan antaramuka yang serba baru dijangka akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.
1tube.my kini masih lagi dalam versi beta, dan menurut pembangunnya, kini 1tube.my memperlihatkan lebih 30 video baru dimuat-naik setiap hari. Ianya merupakan salah satu perkembangan yang menarik, bertambah lagi dengan sokongan pihak 1tube.my untuk menolong para blogger dalam membangunkan video log mereka.
Selain daripada versi baru nanti, 1tube.my juga dijangka memperkenalkan beberapa perkara baru tidak lama lagi, dalam menjadikan laman mereka lebih menarik lagi.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
harap lebih la ramai buat laman perkongsian video ni.
senang nak belajar melalui video.
knp 1tube.my ni xpakai sepenuhnya Bahasa Melayu ha? hoho~
idea yg menarik tu. sbb peranti berbahasa Melayu lebih mesra pengguna
tukar bahasa, nnt ada plak istilah yg tak faham dalam bahasa melayu. hehe
hahaha. betul2. sama gak mcm henset. bila aku guna bahasa melayu, terkapai2 aku nak fahamm…
bagusla 1tube ni…kagum….loading pun lebih pantas dari Youtube….memang tabik spring dengan geng2 1tube ni….
best3~!! aku bru ltak video bru
1tube loading cpt la sbb user sikit..youtube worldwide..please jgn compare ngan youtube ngan 1tube ibarat bumi ngan langit….