04Mar

5 Perkara Saya Buat Kurang Dengan Adanya Modem WiFi Maxis

Gajet, Telekomunikasi

Dengan adanya perantian modem WiFi daripada Maxis, ia sememangnya telah mempermudahkan pelbagai perkara, dimana secara tidak langsung membolehkan kita melayari internet dimana jua kita berada dengan mudah, dan tidak lagi perlu memilih lokasi seperti sebelumnya.

Maxis MiFi

Tidak Lagi Perlu Memilih Tempat Lepak

Jikalau sebelum ini, sebelum melepak dengan rakan-rakan, salah suatu perkara yang diambil kira adalah adakah lokasi tersebut mempunyai WiFi dan sebagainya, kini dengan adanya modem WiFi daripada Maxis, ianya bukan lagi suatu masalah besar. Tambahan lagi, dengan rangkaian Maxis meliputi lebih 80% kawasan di Malaysia, rangkaian bukanlah suatu masalah besar.

Tidak Perlu Membayar Lebih

Sebelum ini, mungkin ramai yang mempunyai lebih daripada satu talian untuk internet, dimana satu merupakan jalur-lebar talian tetap, dan satu lagi mungkin jalur-lebar mudah-alih. Menariknya, kini dengan modem WiFi Maxis, anda boleh berjimat, dengan menggunakannya dimana sahaja anda berada, disamping berkongsinya dirumah mahupun di luar.

Dirumah, anda turut sama boleh memasangnya pada desktop melalui USB, dan menggunakannya seperti modem biasa.

Tidak Lagi Perlu Risau Mengenai Bateri

Dengan adanya modem Maxis WiFi, kini anda tidak lagi perlu risau mengenai bateri dan sebagainya, kerana ianya membawakan jangka hayat sehingga 4 jam apabila dicaj penuh, disamping anda juga boleh cajnya melalui port USB pada netbook dan laptop dengan mudah.

Tidak Perlu Risau Mengenai Modem

Sebelum ini, sekiranya pada cafe atau kedai makan, sekiranya kita ingin ke kereta atau ke tandas sebentar, semestinya kita akan mengikat netbook atau laptop kita, namun tidak dapat berbuat perkara sama untuk modem, dan terpaksa disconnect dan membawanya bersama-sama. Kini dengan modem WiFi Maxis, anda tidak lagi perlu disconnect, malah tidak perlu sama sekali mengeluarkan modem daripada kocek baju atau seluar anda.

Tidak Perlu Mendengar Berita Dan Gosip Tidak Benar

Kini dengan adanya modem Maxis WiFi, saya tidak lagi perlu mendengar dan mempercayai pelbagai berita yang tidak benar dan tidak sahih, kerana saya boleh menyemaknya terus melalui internet dimana jua saya berada, disamping memperlihatkannya sekali pada tukang cerita, sekaligus mengurangkan tersebarnya berita-berita tidak benar dan tidak sahih itu.


(Video) Kamera Xperia Ray Dengan Exmor R Diuji Pada Waktu Malam
Visi BlackBerry Pada Masa Akan Datang Diperlihatkan Melalui Video
Motorola Defy+ Mula Dijual Jumaat Ini Pada Harga RM1099
P1 Bakal Menyokong IPV6 Menjelang Penghujung 2012
Raspberry Pi Komputer Bersaiz Kad Pengenalan Dimulakan Jualan Hari Ini

8 Komen

  1. paeh pada 04 Mar 2011

    lepas ni tiap kali lepak dgn kau aman. pastikan kau bawak natang niii. hanep pun sama… haha

  2. Bila aman dah join reviewer program ni… ayat dia dah jadi pelik..

    • Omar pada 05 Mar 2011

      Omar menyukai perkara diatas..

  3. doBot pada 04 Mar 2011

    Aman, nak tumpang tanya. Berapa PC kah yang boleh disambungkan dengan modem ini? jika letak dirumah, adakah signal lebih lemah daripada biasa, maksud saya signal WLAN.

    Terima kasih.

  4. nizam pada 07 Mar 2011

    mane nk dapat menatang nie…nk jugak lah…klu kt area kg lju x..?

  5. Nizam6281 pada 08 Mar 2011

    Lah aman tengah review benda ni rupenye patutlah ayat hang pelik semacam haha

  6. hamdan pada 30 Mar 2012

    kecik je…. leh la nk try gune


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader