07Mar

Adakah DiGi Akan Membawa Masuk iPad 2?

Apple, Telekomunikasi

Jika sebelum ini, DiGi memperlihatkan iklan kedatangan iPhone 4 dengan memperlihatkan gambar epal dengan kambing, kini DiGi membuat suatu lagi perkara sama dengan memperlihatkan gambar dua epal dengan wanita mengandung.

Mungkinkah simbolik wanita mengandung dan dua biji epal itu memperlihatkan yang mana DiGi bakal membawa masuk iPad 2 ke Malaysia? Selain daripada itu, iklan tersebut turut sama memperlihatkan tarikh 8 Mac, iaitu esok.

Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana iPad 2 akan hanya mula dijual di Amerika Syarikat bermula daripada 11 Mac ini, dan Malaysia tidak tersenarai pada senarai negara-negara yang akan menerima iPad 2 pada 25 Mac.

Ianya masih tidak diketahui apakah yang akan dibawakan oleh DiGi, memandangkan sebelum ini, iPad generasi pertama ditawarkan kepada pengguna Malaysia melalui pengedar rasmi Apple, dan bukannya melalui syarikat telekomunikasi. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi DiGi esok hari.


Iklan DiGi Pada Facebook


Mac OS X 10.7 Di Panggil Clouded Leopard?
DiGi Melancarkan iPhone 4
DiGi : Tiada Facebook Percuma Ketika Raya Dan Merdeka
Infografik : Hidup Pengasas Apple, Steve Jobs
HackStore Menyediakan Aplikasi Yang Tidak Lepas Ke Mac AppStore

3 Komen

  1. life4hire pada 08 Mar 2011

    aku rasa beli 1 ipad percuma 1 ipad..hehe

    • life4hire pada 08 Mar 2011

      ok..kalau tak pon..pakej ip4 and ipad :)

  2. huhu pada 08 Mar 2011

    tapi aku rasa beli 1 ipad percuma 1 pad.. he


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader