08Mar

Adobe Memudahkan Pengubahan Fail Flash Kepada HTML

Perisian

Adobe hari ini melancarkan sesuatu yang menarik, dinamakan sebagai Wallaby. Melalui aplikasi tersebut, para pembangun boleh menggunakannya dengan mudah untuk mengubah Flash kepada HTML5, sekaligus memudahkan pembangunan aplikasi dan web.

Buat masa ini, aplikasi Wallaby ini masih lagi pada peringkat percubaan, namun para pembangun boleh memuat-turun dan menggunakannya, dimana Flash boleh diubahkan kepada dail HTML dengan mudah, serta diedit kemudian sama seperti anda mengubah-suai fail-fail HTML.

Perkara ini juga semestinya menarik minat para pembangun Flash, dimana kini mereka boleh menyokong lebih banyak platform seperti iOS dengan mudah dan tanpa perlu risau lagi seperti sebelumnya.


Firefox 3.7 Mengintegrasikan Fungsi Aero Lebih Mendalam
Maxis Mula Menawarkan Opera Mini Secara Percuma
Mozilla Thunderbird 6 Beta Kini Dilepaskan
GetJar Memperkenalkan Klien Khas Untuk Pengguna Android
Buang Objek Yang Tidak Digemari Daripada Gambar Melalui Seam Carving GUI

3 Komen

  1. ahmadhaikal pada 08 Mar 2011

    selagi ianya mendatangkan manfaat. Aku ikut je.

  2. suffer8zine pada 08 Mar 2011

    wahhh adobe makin pesat

  3. Farid Zenon pada 08 Mar 2011

    Berita baik untuk web user, flash gamer oh! Tak lupa juga penonton youtube bukan?
    Flash berguna tapi pada masa akan datang platform flash bakal kurang popular dan ditukar dengan pelapis media yang lagi superb, melainkan adobe support untuk mobile platform (android/iOS) pasti pengguna/pembina masih mengekalkan penggunaan kerana berpindah itu sukar juga sebenarnya, tapi teknologi kawan datang dan pergi itu pasti!!!
    apa yang pasti aku sama seperti pengguna Malaysia yang hanya “mengguna” sahaja, betul?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader