02Mar

Amazon AppStore Bakal Dilancarkan Bulan Ini?

Web 2.0

Ingatkah lagi perancangan Amazon untuk memperkenalkan App Store mereka sendiri untuk platform Android? Kini, ianya diperkatakan yang mana Amazon bakal melancarkan kedai aplikasi tersebut untuk para pengguna Android pada bulan ini.

Berbeza dengan Google Android Market, Amazon AppStore ini kelak akan terlebih dahulu menguji setiap aplikasi sebelum menyertakannya, dan Amazon juga akan menetapkan harga untuk setiap aplikasi, dan bukannya pembangun aplikasi tersebut. Walaubagaimanapun, para pembangun akan mendapat 70% daripada pembelian tersebut.

Sekiranya Amazon AppStore membawakan antaramuka yang lebih menarik dan fungsi yang lebih mudah, selain pada masa yang sama menawarkan pelbagai keistimewaan untuk pembangun, semestinya ianya akan mendapat sambutan yang amat hangat sekali.


Pengguna Twitter Di Ancam Masalah Phishing
Android 1.5 Bakal Memperkenalkan Penggunaan API
Polis Diraja Malaysia Melancarkan Akaun Twitter Rasmi
Dari Majalah Cetak Ke Arah Digital - PC.com Melancarkan Aplikasi iPad
Instagram Untuk Android Telah Dimuat-Turun Lebih 5 Juta Kali

1 Komen

  1. Sham Hardy pada 02 Mar 2011

    nampak macam title Amanz Appstore :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader