19Mar

Amazon AppStore Bakal Dilancarkan Pada 22 Mac

Web 2.0

Seperti yang dinantikan, akhirnya kini ianya diperkatakan yang mana Amazon bakal melancarkan AppStore mereka untuk Android pada Selasa minggu depan, 22 Mac. Bersama-sama dengan pelancaran mereka, salah satu aplikasi yang akan diberikan secara percuma untuk para pengguna Android adalah Angry Birds Rio daripada Rovio.

Apa yang menariknya mengenai Amazon AppStore adalah dimana setiap aplikasi akan diuji terlebih dahulu sebelum ianya disertakan pada kedai aplikasi mereka, selain mereka menetapkan harga sendiri mengikut nilai dan fungsi sesuatu aplikasi.

Amazon AppStore turut sama dijangka akan memberikan cabaran hebat kepada Android Market daripada Google kelak. Sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.


GengFotografi.com Bakal Di Tamatkan?
Exabytes Memperkenalkan Perkhidmatan Kedai Atas Talian - Easy.my
Joomla 1.7 Dilancarkan Secara Rasmi Dan Sedia Untuk Digunakan
Facebook Kini Memberi Lebih Kawalan Keatas Perkongsian Dan Privasi
Amazon, Nokia Dan Microsoft Pernah Ingin Mengambil-Alih RIM?

6 Komen

  1. iHack pada 19 Mar 2011

    Agaknya lepas ne Microsoft appstore pulak. semua dah ada store sndiri. Ape2 pn bagus utk developer, advertise ada gak tempat nak curah hasil kerja.

  2. Iskandar pada 19 Mar 2011

    Sejak Bill Gates tinggalkan Microsoft, nama Microsoft terus pudar dan di ambil alih Google, Apple dan Amazon.

    Tak lama lagi, Microsoft akan jadi seperti IBM dan Sun Microsystem yg satu masa gah, tapi akhirnya senyap sepi tanpa inovasi.

  3. denz pada 20 Mar 2011

    ingatkan amanz appstore tadi..hehe

  4. Sir Marcello pada 20 Mar 2011

    memang pengguna android patut rasa untung coz banyak dah pilihan mereka sekarang nie…

  5. Roslan Nazri pada 20 Mar 2011

    Android FTW!!!!

  6. Rina As pada 18 Mar 2012

    terima kaish,, akan saya nantikan ni prelaunchingnya


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader