22Mar

Amazon Melancarkan AppStore Secara Rasminya

Perisian, Web 2.0

Seperti yang dinantikan, Amazon telah pun melancarkan Android AppStore secara rasminya, sekaligus bersaing secara sihat dengan Android Market milik Google. Namun begitu, mungkin sesetengah pengguna masih tidak dapat mengaksesnya sementara mereka memperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Menariknya melalui Amazon AppStore adalah dimana para pengguna boleh menguji setiap aplikasi terlebih dahulu pada pelayar web mereka, sebelum memasangnya pada peranti Android anda. Selain daripada itu, menariknya pada Amazon AppStore adalah, dimana setiap hari, satu aplikasi berbayar akan ditawarkan kepada para pengguna secara percuma, sekaligus menarik minat mereka untuk menyemak laman Amazon AppStore setiap hari.

Buat masa ini, terdapat lebih daripada 3,800 aplikasi Android berbayar dan juga percuma pada Amazon AppStore, dan salah satu aplikasi berbayar yang ditawarkan secara percuma untuk waktu yang terhad adalah Angry Birds Rio.

Untuk menggunakannya pada peranti Android anda, anda boleh memuat-turun aplikasi Amazon AppStore dan menggunakannya pada peranti anda dengan mudah.


Laman Amazon AppStore


Fungsi Tab Baru Chrome Untuk Mozilla Firefox
Hilangkan Kebosanan Dengan Bermain Bersama Orang Lidi Dalam Bentuk Animasi Yang Menarik
Pirate Bay Beralih Kepada Pautan Berbentuk Magnet Bermula 29 Februari
Photoshop Bakal Membawakan Fungsi Peka Kandungan Yang Lebih Baik
Tempahan Makanan Melalui Internet Semakin Mendapat Perhatian Di Malaysia

10 Komen

  1. Sham Hardy pada 22 Mar 2011

    aku rasa cam ko dah buat draft dulu la untuk tajuk blogpost ni… kan?

    • Aman pada 22 Mar 2011

      takde la. baru tulis tadi.

  2. ekspresiruang pada 22 Mar 2011

    angry bird rio free? bestnya. malangnya xde iPhone. huhu

    • Fazreen pada 22 Mar 2011

      sejak bila la iPhone pakai android..

  3. Azam pada 22 Mar 2011

    app store tak leh access buat sementara…

  4. izham hasan pada 22 Mar 2011

    Takde app android ke ea? Susah la klo nk kene g web tu,

  5. izham hasan pada 22 Mar 2011

    ThNks2 tapi kene register plak,kene letal no kad visa plak tuh..adoiii

  6. Syafiq pada 23 Mar 2011

    xboleh nak download angry bird rio
    die kate not yet available at ur region..

    • izhamHasan pada 26 Mar 2011

      skrg da bole keblom bro?aku da donlod da dari mediafire..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader