Cari @ Amanz

Seperti apa yang diperkatakan sebelum ini, Amazon AppStore dijangka bakal dilancarkan secara rasminya pada 22 Mac ini, iaitu pada hari ini, dan menariknya salah satu perkara yang dinantikan padanya adalah Angry Birds Rio. Menariknya, kini pihak Rovio sendiri telah mengemaskini halaman Facebook mereka dengan beberapa paparan skrin untuk Angry Birds Rio.

Angry Birds Rio turut sama dijangka akan dilancarkan hari ini bersama-sama dengan Amazon AppStore untuk Android. Seperti sebelum ini, Angry Birds Rio dijangka akan diedarkan secara percuma untuk para pengguna Android, namun masih tidak diketahui untuk para pengguna iOS.

Melalui apa yang dipaparkan, ianya memperlihatkan beberapa perubahan daripada sebelumnya, dengan musuh bukan sahaja watak babi, tetapi turut sama menyertakan watak-watak baru padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd