Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, Rovio bersama-sama Amazon AppStore telah pun melancarkan Angry Birds Rio yang mana ianya bebas iklan dan ditawarkan secara percuma. Namun, bukan semua pengguna boleh memuat-turunnya memandangkan ianya lebih dituju kepada negara barat terlebih dahulu. Namun anda tidak lagi perlu risau memandangkan Angry Birds Rio akan ke Android Market tidak lama lagi.


Angry Birds Rio dijangka akan dilancarkan pada Android Market pada minggu ini juga, dan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Android, seperti mana sebelum ini. Namun begitu, versi pada Android Market akan disertakan bersama-sama dengan iklan, dan bukan versi bebas iklan seperti mana pada Amazon AppStore.
Bagi yang tidak ketahui mengenai Angry Birds Rio, ianya merupakan permainan baru daripada Rovio, yang mana membawakan konsep serupa sama seperti Angry Birds sebelum ini. Cuma, watak yang akan dilastik adalah berbeza-beza dan bukanlah watak babi hijau seperti sebelum ini. Permainannya juga lebih mudah berbanding sebelumnya.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Watak babi hijau? Sangat aggresive ayat tu xD
heheh lain dari yg lain ayat tu
Aku dah download dah… hahaha.. tak payah keluar kat market pun…
angrybirds rio dah keluar android market hari ni!!!!