01Mar

Antaramuka Windows 8 Untuk Tablet Mungkin Diperlihatkan Seawal Bulan Jun Ini?

Microsoft

Mungkinkah latar masa produk Dell yang tersebar sebelum ini adalah benar, dimana kita akan dapat melihat tablet Windows 8 seawal tahun hadapan? Kini, beberapa sumber mula memperkatakan yang mana Microsoft bakal kelak memperlihatkan rekabentuk Windows 8 untuk tablet seawal bulan Jun tahun ini.

Ianya diperkatakan yang mana Microsoft akan memperkenalkan antaramuka yang lebih kurang serupa seperti antaramuka “Metro” yang diperkenalkan pada Windows Phone 7. Mungkin kita akan dapat melihat sedikit penambahan dari segi konsep antaramuka, ataupun mungkin Microsoft ingin menjadikan antaramuka pada perantian mudah-alih lebih selari.

Sebelum ini, ianya diketahui yang mana Microsoft telah pun mencapai fasa pembangunan Windows 8 Milestone 2, dan kini telah pun memulakan Milestone 3 untuk Windows 8. Sekiranya latar masa pembangunan adalah serupa seperti Windows 7, selepas Milestone 3, kita mungkin akan dapat melihat Windows 8 Beta yang akan dibuka kepada umum untuk diuji. Mungkin kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik pada PDC 2011 yang bakal diadakan sekitar bulan Oktober nanti.


Live Messenger 9.0 Beta Membawa Pelbagai Perubahan
Moonlight - Silverlight Untuk Platform Linux
Masalah Yahoo! Messenger Pada Windows 7
Hampir 3 Kali Ganda Jualan Win 7 Berbanding Vista
Visual Studio 2010 dan .NET Framework 4 Di Lancarkan

1 Komen

  1. steady eddie pada 01 Mar 2011

    harap x jadi mcm vista


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader