Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada MAD TechVentures yang diadakan sebelum ini, industri ICT tanah-air terus meriah, dimana kini Anugerah ICT NEF-Awani akan diumumkan tidak lama lagi, menyaksikan lebih daripada 15 syarikat ICT Bumiputera tempatan bersaing dengan sihat untuk memenangi anugerah dalam pelbagai kategori yang berbeza.
Pada tahun ini, ianya menyaksikan Terato Tech (bakal memperkenalkan Undies) menjadi satu-satunya syarikat yang bertanding dalam tiga kategori berbeza, diikuti oleh Animonsta Studios (pembangun BoboiBoy), SyQic Capital dan IDOTTV bertanding dalam dua kategori.
Untuk Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 ini, ianya dibahagikan kepada dua komponen dalam penganugreahan, dimana yang pertama merupakan komponen Bumiputera yang dipecahkan kepada 8 kategori, dan dinilai sepenuhnya oleh juri, manakala komponen Pilihan Rakyat pula memperlihatkan pecahan kepada 5 kategori, dimana pemenangnya akan dipilih mengikut undian pada laman Facebook.
Berikut merupakan para finalis untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2010 dimana pemenangnya bakal diumumkan pada hari Khamis ini, di PWTC:
Bagi kategori Pilihan Rakyat pula, ianya dipecahkan kepada lima kategori berbeza, iaitu:
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
seronok tgk perkembangan dunia ICT di Malaysia skg ni. animasi Malaysia dan CGI pon makin mantap
erkk? Les Copaque xdicalonkan ke? Animonsta ade~
animasi la paling aku suka.
jalan cerita memang ada kena-mengena
dengan masa kini di malaysia.
bangga siot, kompeni tempat aku intern dulu tercalon! (teratotech) hehe..
Bagus ni utk martabatkan dunia ICT tempatan