03Mar

Aplikasi BBM Bakal Diperkenalkan Pada Android Dan iOS?

Perisian

Ianya mungkin benar ataupun sebaliknya, dimana kini kedengaran beberapa laporan memperkatakan yang mana Research In Motion sedang bersiap sedia untuk membawa aplikasi popular BlackBerry mereka, iaitu BlackBerry Messenger kepada platform Android dan juga iOS.

Informasi akhir mengenainya masih tidak diketahui, namun begitu, berkemungkinan besar, RIM akan memberikan aplikasi BlackBerry Messenger itu secara percuma kepada Android dan iOS. Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, RIM hanya memperkenalkan BlackBerry Messenger versi lite sahaja, dan bukannya versi penuh. Namun begitu, para pengguna Android dan iOS masih lagi boleh menghantar dan menerima teks BBM dengan mudah melaluinya, tetapi tidak boleh menghantar pesanan suara, gambar dan sebagainya seperti pada BlackBerry.

BBM merupakan salah satu sebab mengapa ramai membeli BlackBerry, tetapi kini dengan kemunculan beberapa aplikasi lain seperti Whats App dan Kik, mungkin RIM ingin bersaing dengan mereka, dengan turut sama menjadikan aplikasi mereka menyokong pelbagai platform.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi diperingkat ura-ura dan masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak RIM buat masa ini.


Mozilla Raindrop Membawakan Inovasi Pada Komunikasi
Amazon Melancarkan Cloud Player - Mencabar Google Music
Nokia Malaysia Memperkenalkan Symbian Anna Untuk Semua Kecuali N8
HTC Explorer - Peranti Mampu Milik Android Dengan HTC Sense 3.5
Pandang Pertama : Tablet Hyundai A7HD Bersama Android 4.0 ICS

10 Komen

  1. Ladfe Amir pada 03 Mar 2011

    aku tidak berminat dengan BB. setakat ni teruja nak guna Android je

  2. apa yang best ngan BBM??

  3. doBot pada 04 Mar 2011

    Oh…tidak. Jangan la perkara ini jadi kenyataan. Hehehehhe

  4. bigD pada 04 Mar 2011

    Spatutnya x bleh sbb bbm adalah kekuatan bb, jd x bleh la wlaupon versi lite atau apa versi skalipon bbm utk platform lain

  5. Roslan Nazri pada 04 Mar 2011

    hahaha abisla..tak exclusive dah BBM..org gune BB je tau ape best BBM huhu..

  6. azrulampard pada 04 Mar 2011

    Darn…baru beli BB 4 hari lepas…

    haha

  7. lankapo pada 04 Mar 2011

    hehe rumours je ni..

    tk eksklusif lah nanti BBM semua org leh pakai hehe.

  8. izzah pada 23 Mar 2011

    BBM tu ape ekk> ingat nak beli BB, tp xtahu ape tu BBM..dgr je tp xpenah tau

    • Aman pada 23 Mar 2011

      BlackBerry Messenger


Trackbacks/Pingbacks

  1. Mengenal 5 Mobile OS Secara Ringkas | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader