Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan aplikasi OfficeKami untuk web dan juga untuk pengguna Symbian, kini ianya diperluaskan lagi, dimana terkini, aplikasi OfficeKami untuk iPhone, iPod Touch dan juga iPad diperkenalkan secara rasminya.

Aplikasi OfficeKami Pada iPhone
Ianya masih lagi membawakan antaramuka yang selari bersama-sama aplikasi OfficeKami yang lain. OfficeKami untuk iOS ini telah dibangunkan oleh Software Machine Development, yang mana sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Badminton Umpire dan beberapa aplikasi yang lain. Para pengguna perantian iOS boleh memuat-turun aplikasi OfficeKami ini secara percuma terus daripada iTunes.
OfficeKami menyediakan pelbagai informasi berguna berkenaan sesuatu lokasi dan kedai yang mana sesuai untuk dijadikan sebagai pejabat bergerak, ataupun lokasi untuk anda membuat kerja dengan tenang. Ianya merupakan projek komuniti, dimana sesiapa sahaja boleh menghantarkan maklumat berkenaan sesuatu lokasi itu untuk disertakan pada laman tersebut.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dah cuba app ni kat iphone..interface ok cuma tak berapa friendly…anyway, tahniah kerana telah maju lagi setapak..
Majulah Anak Tempatan!
Diorang x mau buat apps untuk Android?
founder OK ni pakai android phone..tak tau la dia nak buat ke tak..spttnyer dia buat..hahaha
bat mesti happy logo baru dah mula diguna