28Mar

Apple Bakal Memperlihatkan Mac OS X Lion Dan iOS5 Pada WWDC

Apple

Seperti mana yang dinantikan, kini ianya sah yang mana Apple bakal memperlihatkan masa depan sistem operasi Mac OS X mereka, bersama-sama dengan sistem operasi iOS pada WWDC 2011 yang bakal diadakan selama lima hari bermula daripada 6 Jun kelak.

Apple telah pun memulakan pendaftaran untuk acara tersebut, dimana tiketnya boleh didapati pada harga hanya $1,599. Selain memperlihatkan masa depan untuk sistem operasi mereka, Apple juga dijangka akan membawakan lebih daripada 100 sesi teknikal untuk para pembangun, yang mana dibawakan terus para pembangun Apple.

Selain daripada itu, beberapa laporan awal turut memperkatakan yang mana berkemungkinan besar Apple tidak akan memperkenalkan generasi baru iPhone padanya, seperti mana yang dilakukan sebelum-sebelum ini.


Maxis Melancarkan iPhone 4
Perkhidmatan Muzik-Awan Dari Apple Tidak Lama Lagi?
Apple iPhone 4 8GB Kini Di Malaysia - Berharga RM1799
Apple Store Malaysia Dikemaskini - iPad 2 Kini Berharga RM1199
Kaspersky : Apple Masih Sedekad Dibelakang Microsoft Dari Segi Sekuriti

6 Komen

  1. Ejon pada 29 Mar 2011

    tak penah pakai iphone lagi. tiba2 dah nak iphone5. magik!

  2. epulpecoi pada 29 Mar 2011

    iphone pun tak pernah gune lagi

  3. wazy pada 29 Mar 2011

    menarik jugak ni
    kalau dapat guna lagi best

  4. syahrilhafiz pada 29 Mar 2011

    memang mantap la..

  5. Zahari pada 29 Mar 2011

    Tiket sold out dalam masa 10 jam. Tahun lepas 8 hari baru sold out. Walaupun harga hampir cecah RM5k


Trackbacks/Pingbacks

  1. Tiada iPhone 5 Pada WWDC Tahun Ini? | Gajet

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader