27Mar

Apple Menangguhkan Pelancaran iOS 5 Ke Suku Tahun Ke-Empat?

Apple

Nampaknya kini sedikit demi sedikit info berkenaan dengan iOS 5 mula kedengaran. Beberapa laporan kini memperkatakan yang mana Apple tidak akan melancarkan iOS 5 mereka sehinggalah suku tahun keempat tahun ini. Namun begitu, berkemungkinan besar, Apple akan membincangkannya pada acara acara WWDC pada bulan Jun kelak.

Ianya diperkatakan yang mana iOS 5 kelak akan membawakan pelbagai perubahan besar, termasuk menjadi salah satu sistem operasi yang berasaskan perkomputeran awan, serta memperkenalkan beberapa fungsi baru padanya. Seperti diperkatakan sebelum ini, iOS 5.0 dijangka akan membawakan perkhidmatan berasaskan lokasi, selain turut serta dijangka akan membawakan fungsi menyimpan lagu.

Selain daripada iOS 5.0, Mac OS X Lion juga dijangka akan memperkenalkan beberapa pengintegrasian bersama-sama dengan perkomputeran awan, sekaligus menjadikan kedua-dua platform ini diintegrasikan dengan lebih baik lagi.

Sekiranya perkara ini benar, dan terpaksa tunggu sedikit masa lagi untuk iOS 5.0, mungkin kita akan dapat melihat iPhone 5 kelak dilancarkan dengan iOS 4.x sebelum ianya dikemaskini kepada versi iOS 5.0 selepas beberapa bulan ianya dilancarkan.


MyEyes - Ketahui Keadaan Trafik Melalui iPhone
iPhone 4 Putih Seawal 27 Februari?
iPhone 4 Putih Bakal Dilancarkan Pada Minggu Ini
Steve Jobs Meninggal Dunia
Tablet Generasi Ketiga Apple - iPad 3 Menuju Ke Bahagian Pengeluaran

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader