26Mar

Apple Menghampiri Versi Golden Master Untuk Mac OS X Lion?

Apple

Kini, beberapa laporan memperkatakan yang mana Apple sudah pun menghampiri fasa terakhir pembangunan generasi sistem operasi mereka yang seterusnya, dimana kini Apple sedang dalam persiapan untuk mengeluarkan versi pertama Mac OS X Lion kepada para pembangun.

Versi yang bakal diperkenalkan kepada para pembangun itu dikenali sebagai “GM1″, dimana GM adalah untuk “Golden Master”. Namun begitu, angka dipenghujungnya memperlihatkan mungkin Apple akan mengeluarkan lebih daripada satu versi sebelum versi akhir Mac OS X Lion dilepaskan secara rasminya.

Buat masa ini, tarikh pelancaran Mac OS X Lion masih lagi belum diketahui, namun beberapa jangkaan memperkatakan yang mana berkemungkinan besar, Apple akan memperkenalkannya pada acara tahunan mereka, Worldwide Developer Conference tidak lama lagi.

Sebelum ini, Apple telah memperlihatkan Mac OS X Lion pada bulan Oktober tahun lepas, selain memperkenalkan versi pralihat pembangun lebih sebulan yang lalu.


MobileMe Bakal Mengintegrasikan Fungsi Geolokasi?
(Ura-Ura) iPhone 4 Daripada Celcom Seawal 25 April?
iPhone 5 Akan Membawakan Skrin Dengan Kaca Lengkung?
iTunes Bakal Menerima Rekabentuk Antaramuka Baru Pada Tahun Ini
(Video) Mengapa Android Lebih Baik Daripada iOS

1 Komen

  1. melayubuntu pada 27 Mar 2011

    rasa cam nak beli mbp baru tuh..
    dual boot dgn ubuntu…huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader