Cari @ Amanz

Kini, di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 10 laman yang menawarkan tawaran untuk pembelian berkumpulan. Ianya turut sama dimeriahkan dengan penyertaan Groupon dan Yahoo! Malaysia baru-baru ini. Namun amat mendukacitakan, ianya turut memberikan kesan negatif kepada beberapa pihak, termasuk terkini Baloi.com.my.

Laman tawaran harian, Baloi.com.my kini tidak lagi memperlihatkan sebarang tawaran untuk pembelian berkumpulan pada laman mereka, selain kemaskini terakhir Facebook dan Twitter adalah pada Disember tahun lepas. Domain GroupsMore.com.my yang dahulunya ditujukan ke laman mereka, kini tidak lagi ditujukan, sebaliknya membawa ke laman berasingan.


Tiada Tawaran Pada Laman Baloi.com.my

Namun begitu, ianya tidak pasti samaada ianya telah berhenti beroperasi ataupun cuma sekadar ditangguhkan sementara dalam membawakan lebih banyak tawaran harian yang menarik kepada para penggunanya. Sekiranya berhenti beroperasi, adakah ianya adalah yang pertama menerima kesannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd