Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada antaramuka dashboard baru untuk Blogger yang masih belum diperkenalkan lagi, hari ini Blogger memperkenalkan lima cara melihat blog Blogger yang baru, yang mana mengguna-pakai pelbagai teknologi baru, termasuk AJAX, HTML5, CSS3, sekaligus membolehkan anda melihat blog dalam lebih lima bentuk berbeza.
Buat masa ini, Blogger memperkenalkan lebih lima cara dinamik yang baru untuk melihat blog, iaitu dalam bentuk Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan juga Timeslide. Masing-masing dengan bentuk berbeza, memudahkan anda untuk melihat dan membaca kandungan sesuatu blog itu dengan lebih menarik dan interaktif lagi.
Selain daripada itu, beberapa perkara baru yang ditambah oleh Blogger termasuk sokongan skrol infiniti, dimana anda boleh membaca pelbagai artikel yang lepas tanpa perlu klik pada halaman seterusnya, serta lebih interaktif lagi berbanding sebelumnya.
Untuk membaca sesuatu blog yang dihoskan Blogger dalam bentuk baru ini, para pengguna hanya perlu menambah /view pada penghujung blog alamat blog mereka, dan seterusnya menikmati blog dalam bentuk yang diingini dengan mudah.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagus juga blogspot ni kan?
nice initiative by Blogger Team. can’t wait for the new features to be used ^^,
oooo dia pun nak naik jugak..pergh..
Hoho. Baru main2 dengan benda baru ni tadi.sila2 upgrade lagi wahai blogger.com. Hihi.
p/s: amanz memang lajulah update benda gini:)
hehe,da try da menatang ni..memang besh~
wah best r style mcm ni…syok..tq for info amanz
blum usha lagi. usha sini dulu..
haish nih yg rasa nk pindah blogspot nih~huhu
tak sesia pilih blogspot time mula2 nak berblogging dulu, hehe
mmg best pun blogger nih…xp nak try wordpress lak.
yeahhh terbaek!
hohohohoho. terbaik blogspot. pengumuman terbaru wordpress ?
Mula-mula Twitter, Gawker dan Lifehacker dan sekarang Blogger. Saya jangkakan tahun 2011 banyak lagi site yang akan start guna AJAX.
Nampaknya kena start belajar AJAX dari sekarang!
aku sebagai salah seorang pengguna blogspot amatlah berbangga dengan kehadiran fungsi ini. haha…