31Mar

Carian Google Kini Lebih Sosial Dengan Google +1

Google

Sebelum ini kedengaran pelbagai ura-ura berkaitan Google +1, namun tiada berita tambahan mengenainya sehingga kini. Hari ini, Google melancarkan perkhidmatan Google +1, yang mana membawakan fungsi lebih kurang seperti “Like” pada Facebook, mahupun “RT” pada Twitter.


Kebenaran Diminta Pihak Google Terlebih Dahulu

Ianya bukanlah salah satu fungsi toolbar seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, namun ianya membolehkan para pengguna untuk berkongsi carian Google Search kegemaran, dan mungkin tidak lama lagi kandungan diseluruh web tidak lama lagi.

Google +1 ini merupakan salah satu nilai tambah kepada carian sosial yang terdapat pada Google, dimana para pengguna boleh berkongsi carian menarik, selain pada masa yang sama turut membuat +1 pada iklan-iklan yang dipaparkan pada carian Google. Selain itu, Google juga turut memperkatakan yang mana data daripada Google +1 adalah akan diperlihatkan kepada umum.


Butang +1 Pada Carian Google


Tab +1 Pada Google Profiles

Google +1 juga turut sama secara langsung diintegrasikan pada Google Profiles yang baru-baru ini menerima nafas baru. Google +1 diperlihatkan melalui suatu tab tambahan pada profail anda di Google Profiles, memperlihatkan hasil-hasil carian yang telah anda +1-kan.

Mungkinkah dengan Google +1, Google bakal memenangi kembali pengguna untuk bersosial melalui laman mereka?


Google Memperkenalkan Tema Untuk GMail
Garmin Mengambil-Alih Pembangun Aplikasi Dan Peranti GPS - Navigon
Google Membolehkan Pengguna Membuat Carian Menggunakan Imej
Chrome 14 Bakal Membawakan Halaman Tab Task Manager
Lebih 10 Billion Aplikasi Telah Dimuat-Turun Melalui Android Market

7 Komen

  1. topo pada 31 Mar 2011

    hohohoho tengk hasilnya berjaya ke terkubur di tengah jalan :)

  2. MuJE pada 31 Mar 2011

    cam best jer. tapi kalau boleh nak yang butang +999999999

    LOL

  3. suffer8zine pada 31 Mar 2011

    wahhh mau usya kejap la

  4. naz pada 31 Mar 2011

    naiss though, tapi aku rasa ni ada kaitan ngan social signal & efek ranking. walau byk mana pun Google ubah algo, it still bleh di manipulate. social recommendation camni lagi byk loophole dari current algo.

  5. wazy pada 31 Mar 2011

    kira best la kalau google ni ada Google +1
    boleh tahu berapa ramai pengunjung yang like macam fb tu

  6. syahrilhafiz pada 31 Mar 2011

    benda ni tak keluar lagi kan?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader