Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada penukaran logo baru, beberapa perkara baru yang lain juga mula kelihatan pada pelayar web Chromium. Kini, dalam versi pembangunan Chromium yang terbaru, salah satu fungsi baru yang kelihatan adalah fungsi eksperimental untuk halaman tab yang serba baru, sesuai untuk peranti skrin sentuh.

Halaman Tab Baru Pada Versi Pembangunan Chromium Terkini [via]
Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna lebih memfokuskan perhatian kepada aplikasi web yang telah dipasang pada Google Chrome, dan memudahkan anda menggunakannya. Ianya juga turut sama diperkatakan yang mana Google telah mengujinya pada Safari Mobile dan juga iOS 4.2.
Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Chrome sebagai salah satu pelayar web yang memfokuskan kepada kandungan web dengan menjadikan antaramuka mereka dengan rekabentuk minimalis, dan mungkinkah kita akan lihat selepas ini, mereka lebih memfokuskan kepada aplikasi web?
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wahh man. mane kau cekau info2 baru eh?
taK berapa paham perbezaan Chrome ngan Chromium ni…
Chromium = projek OpenSource. Build dia keluar terlebih dahulu sebelum Chrome.
Chrome = pakai branding Google.
“”Chromium = projek OpenSource. Build dia keluar terlebih dahulu sebelum Chrome.
Chrome = pakai branding Google.”"
Chromium = trunk. any build, Chromium yang keluar dulu. then terpulang pada siapa2 yang nak ambil source code, modify jadi browser opensource sendiri.
Chrome = google rebrand. still same ngan chromium.
antara browser lain yang pkai engine Chromium:
-Rockmelt
-Flock
pendek kata, chrome dan chromium ini open source la….
emm tak paham.. aman SS.. =p kekeke