14Mar

Facebook Bakal Menawarkan Perkhidmatan Seumpama Groupon?

Web 2.0

Facebook dijangka bakal menguji sebuah perkhidmatan baru yang diinspirasikan daripada Groupon, dimana melaluinya mereka akan memberikan pelbagai diskaun menarik kepada para pengguna. Perkhidmatan baru ini kelak dijangka akan menjadi sebahagian daripada Facebook Deal yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Melalui perkara baru ini, Facebook akan bekerjasama bersama-sama dengan pelbagai perniagaan dalam memperlihatkan sesuatu tawaran menarik, dan pada masa yang sama mengalakkan para pengguna berkongsinya dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Buat masa ini, Facebook Deals berfungsi dengan Facebook Places, yang mana memerlukan para pengguna ke sesuatu lokasi berdekatan untuk melihat perkara yang ditawarkan. Mungkin perkhidmatan baru ini kelak akan mengubah serba sebanyak konsep tersebut.

Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Facebook Deals dan Places akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia.


Wolfram Alpha - Enjin Carian Matematik dan Sains
Facebook Akan Di Tutup Hanyalah Suatu Berita Palsu
Aplikasi Android Oh!MediaFM Kini Dalam Pembangunan
Twitter Akan Berbahasa Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi
Eksklusif : CouponHouz Dijenamakan Semula Kepada CouponXcess

1 Komen

  1. Sir Marcello pada 14 Mar 2011

    masih kurang jelas ngan groupon…facebook deal etc…nie kira cam B2B ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader