Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman pengenalan sistem komen yang baru, Facebook juga hari ini telah mengambil-alih lagi satu syarikat dan menambahnya pada portfolio mereka, iaitu Beluga. Melaluinya, Facebook mengambil-alih produk dan juga pasukan disebaliknya, dan menariknya, produk tersebut akan kekal boleh digunakan, dan tidak dihentikan seperti mana pembelian Facebook sebelum ini.

Bagi yang tidak mengenali Beluga, ianya merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan anda bermesej secara berkumpulan dengan mudah. Aplikasi percuma ini juga membolehkan anda mengemaskini dan berkongsi gambar dengan mudah, dan juga dengan pantas sekali.

Beluga buat masa ini ditawarkan untuk iPhone dan Android. Dengan akhir-akhir ini, Facebook mengutamakan lebih kepada perkhidmatan mesej, dan kebolehan untuk menghantar dan menerima mesej dengan mudah, tentunya penyertaan pembangun Beluga bersama-sama dengan pasukan Facebook bakal memberikan impak yang lebih tinggi lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd