16Mar

Facebook Membolehkan Penghantaran Komen Dengan Menekan Enter

Web 2.0

Sedikit demi sedikit perubahan diperkenalkan oleh Facebook pada platform komen mereka baru-baru ini. Setelah memperkenalkan sokongan komen masa-nyata dan juga kebolehan untuk tag nama pada komen, kini Facebook membolehkan para pengguna menghantar komen dengan menekan butang “Enter” sekaligus membuang sepenuhnya butang “Comment” pada laman mereka.

Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna berinteraksi antara satu sama lain, tanpa perlu untuk mencapai tetikus lagi seperti sebelumnya. Anda juga boleh berinteraksi dengan lain dalam masa-nyata, sama seperti menggunakan IM dan sebagainya.


MentariCSS 3.0 Alpha Sedia Di Gunakan
Gambar Awal Telefon Facebook HTC Kelihatan
Facebook Kini Mempunyai Lebih Daripada 750 Juta Pengguna
Laman Faces Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Terbuka Pada 29 Januari
RakanSukan Hanya Mempunyai Kurang 500 Pengguna Berdaftar - Bekerjasama Bersama ILuvIslam.com

6 Komen

  1. Hafaisy pada 16 Mar 2011

    option ni aku dah pakai dua bulan lepas.

    • Aman pada 16 Mar 2011

      Ianya hanya diperkenalkan pada Facebook Groups sahaja sebelum ini, dan hanya diperkenalkan kepada keseluruhan Facebook pada hari ini.

  2. Orang Akaun pada 17 Mar 2011

    tak best langsung..susah nak tulis perenggan..

  3. ilmam pada 17 Mar 2011

    nk wt perenggan cma tekan shift+enter….try la…=)

  4. Wan Perlis pada 17 Mar 2011

    pesbok tak blh buat perenggan x?

    contohnya camni

    berselang

    • Zul pada 18 Mar 2011

      tekan shift + enter untuk perengan seterusnye..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader