02Mar

Facebook Memperkenalkan Platform Komen Untuk Web

Web 2.0

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, hari ini secara rasminya, Facebook memperkenalkan platform komen mereka, sekaligus menempatkan diri mereka sebagai pencabar kepada Disqus dan juga Intense Debate. Kebanyakkan web juga sudah mula mengintegrasikan sistem komen mereka bermula hari ini pada web-web mereka.


Komen Turut Didatangkan Dengan Fungsi Reply

Menariknya mengenai sistem komen tersebut diintegrasikan sepenuhnya bersama-sama dengan Facebook, dimana sekiranya anda menandakan kotak untuk berkongsi pada Facebook, dan rakan anda meninggalkan komen pada perkongsian anda di Facebook, komen tersebut juga turut sama akan diperlihatkan pada artikel asal, sekaligus menjadikan perbincangan lebih relevan, dan boleh ditumpu melalui suatu halaman utama. Pada masa yang sama, pengguna juga akan mendapat notifikasi melalui Facebook sekiranya sesiapa membalas komen anda, samaada di web ataupun pada Facebook.

Sama seperti platform komen yang lain, para pentadbir laman turut disediakan dengan sebuah halaman khas untuk membolehkan mereka mentadbir dan mengawal komen-komen yang dipaparkan, selain mengelakkan spam dan sebagainya.


Pentadbiran Komen Dengan Mudah

Selain daripada itu, Facebook juga dijangka akan menambahkan kebolehan untuk komen menggunakan akaun pihak ketiga tidak lama lagi, memandangkan bukan semua pengguna gemar meninggalkan komen menggunakan akaun Facebook. Bagi para pentadbir yang berminat, mungkin mereka boleh mencubanya, dan mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat pelbagai plugin, termasuk untuk WordPress dan sebagainya.


1Malaysia.com Kembali Beroperasi
Lelong Bakal Mengadakan Pameran E-Commerce Pada 12 Ogos
FilesTube Memperkenalkan Nama Domain Alternatif Untuk Pengguna Malaysia
Pembangun LoveMakan Bakal Melancarkan Undi.my
Facebook Mengemaskini News Feed - Memperkenalkan Fungsi Ticker Secara Rasmi

14 Komen

  1. nasih pada 02 Mar 2011

    tapi kalau loading time di entri lambat, sama macam Disqus, hmm, rasanya tak berbaloi nak integratekan kat blog..

  2. Ayie pada 02 Mar 2011

    Tak sia-sia aku mengikuti akaun twitter kau. Banyak input output yang boleh aku dapatkan. Kalau tak follow, manalah aku tahu kan tentang ni

  3. Sabahan Bloggers Club pada 02 Mar 2011

    Inilah yang di tunggu-tunggu. Harap-harap sudah tidak ada masalah seperti intense debate yg boleh hang tak tentu pasal…. :)

  4. Anarm pada 02 Mar 2011

    bleh pasang kt blogspot nih.. pasang kt wordpress tak kot..

  5. Izwan pada 02 Mar 2011

    nampak lagi cool lah..

  6. Juan pada 02 Mar 2011

    x faham, ni untuk pasang kat web kita ka

  7. mrkay pada 02 Mar 2011

    wordpress dah ada sistem komen yg mantap dari dulu. pakai 3rd party comment system ni boleh melembabkan blog. kalau blogspot tak pe la kot.

    • Taufik Mansor pada 02 Mar 2011

      betul tu…. buat berat blog je.. server facebook x sepower google :D

      • Beyta pada 02 Mar 2011

        tp aq surf, facebook lg laju dari google… mn silap nyer pon aq xtaw..

  8. aimannajmy pada 02 Mar 2011

    Dah try pasang plugin facebook komen..taktau le yang ni ke tak.. cam lebey kurang je hehe

  9. Nabel pada 05 Mar 2011

    Macam best je letak kat blog sendiri ni kan. tapi macam mana ek ? -.-’

  10. MuJE pada 08 Mar 2011

    boleh try kat blogspot.. untuk wp sistem komen default dah mantap dah

  11. paksu pada 17 Apr 2012

    jadi berat blog ke… jika buat macam tu…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader