19Mar

Facebook Places Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Web 2.0

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini hampir semua pengguna Malaysia sudah boleh menikmati fungsi Facebook Places, dimana melalui fungsi tersebut ianya membolehkan para pengguna mendaftar masuk kesesuatu lokasi sama seperti pada FourSquare.


Contoh paparan Facebook Places pada halaman profail pengguna

Untuk menggunakan Facebook Places, para pengguna perlu menggunakan aplikasi rasmi iPhone, BlackBerry, Android, Windows Phone 7, ataupun terus melayari halaman touch.facebook.com melalui perantian mudah-alih masing-masing.

Bersama-sama dengan lokasi, anda juga boleh berkongsikan mesej status, sekaligus menjadikannya lebih sosial, dan anda boleh mengenali rakan-rakan berdekatan dengan lokasi anda dengan lebih mudah. Selain daripada itu, Facebook juga turut mengintegrasikan Facebook Deals pada Facebook Places. Namun begitu, buat masa ini, Facebook Deals masih lagi belum didapati di Malaysia.


Kini, Lebih 500,000 Pengguna Aktif Di Koprol
GengBlogger.com Melangkaui 20,000 Orang Pengguna
Kurangkan Saiz Gambar Tanpa Menghilangkan Kualiti Melalui JPEGmini
MyEG Musim 2 Memperlihatkan Beberapa Projek Berasaskan Teknologi Daripada Pembangun Tempatan
Pengasas YouTube Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Untuk Membina Majalah Digital

28 Komen

  1. Anaz Haidhar pada 19 Mar 2011

    Salam,

    FYI, Facebook Place boleh digunakan oleh pengguna Blackberry di Malaysia sejak tahun lepas lagi :) .

  2. rasid pada 19 Mar 2011

    facebook tiru foursquare?

  3. eiman pada 19 Mar 2011

    wahh ada badge gak ker macam 4sq.. haha

  4. Azah pada 19 Mar 2011

    waaahh…nice!

  5. khairil pada 19 Mar 2011

    akan ku cuba nanti..hoho

  6. Hisyam pada 19 Mar 2011

    Boleh kongsi atau upload gambar lokasi guna App..guna touch site tak pasti pulak boleh ke tak..

  7. wazy pada 19 Mar 2011

    w00t
    best la macam ni
    hehehe

  8. .encik.SEDAP.™ pada 19 Mar 2011

    bertambah semak lah news feed.

  9. cursefinger pada 19 Mar 2011

    sejak minggu lepas lagi dah boleh guna.

    • Roslan Nazri pada 19 Mar 2011

      blackberry sejak berkurun lame dah boleh.. cume android ios dan lain2 baru lagi boleh guna..

      • rasid pada 20 Mar 2011

        i dah lama boleh guna di US. lambat la u ni.

  10. suffer8zine pada 19 Mar 2011

    wahhh nk usya la

  11. Pakcik pada 19 Mar 2011

    4square tetap yang TERBAIK!ahak

  12. aimannajmy pada 19 Mar 2011

    huhu berhati-hatilah..ianya mungkin menyebabkan anda menjadi sasaran untuk tujuan tertentu hehe..

  13. ekspresiruang pada 19 Mar 2011

    tp tak bahaya ke sbb org bley tau kita dok kt mana?

  14. ShakRoil pada 19 Mar 2011

    makin lama makin terbaek facebook nih! LIKE3

  15. Hisyam pada 20 Mar 2011

    nak kata bahaya tu, xla jugak, tapi mudarat tu mmg ada la..

    lepas ni makin ramai la ‘Mat @ Minah’ kepong..nak pi mana pun kena report, dah xleh nak ckp pusing..hahaha

  16. Wan pada 20 Mar 2011

    utk iphone,blackberry..web blh x?

    • zharmin pada 22 Mar 2011

      Yup..both dah boleh guna Facebook Places..

  17. RIS-FAMILI pada 21 Mar 2011

    Setakat ni aku tak terfikir nak guna fb places ataupun foursquare sbb dah tentu lokasi kita terdedah kpd org ramai. bahaya tu terutamanya jika kita glamer atau terlalu kaya.
    Aku tak pasti la dlm golongan mana sbb tak suka org tahu lokasi berada.

  18. aeyie® pada 22 Mar 2011

    + tu dia aih… tidoq…

  19. tomen pada 26 Apr 2011

    kenape xleh nak check in fb place ni??

    button check in pon xkuar…aku dah pkai version 1.9.. tlg tlg..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader