Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah membeli Beluga sebelum ini, kini Facebook teruskan menambah syarikat baru dibawah portfolio mereka, dimana hari ini, Facebook telah pun mengambil-alih salah satu aplikasi popular di perantian mudah-alih, iaitu Snaptu. Harga pembelian Snaptu oleh Facebook dianggarkan diantara $40 hingga $70 juta.
Menariknya mengenai Snaptu adalah dimana awal tahun ini mereka telah melancarkan aplikasi yang menyokong Facebook, membolehkan lebih 2,500 peranti menggunakannya dengan mudah. Mungkin ianya merupakan salah satu perkara yang menyebabkan Facebook mengambil-alih syarikat Snaptu.

Selain Facebook, Snaptu turut sama menyokong beberapa aplikasi sosial popular yang lain termasuk Twitter dan juga Picasa. Ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya akan kekalkan sokongan untuk aplikasi tersebut ataupun tidak selepas ini.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Pergh snaptu pun dah kena takeover di facebook
terbaik..aku biasa guna snaptu
wahhh $70 juta tu, pehhh
aku pun kekadang post status guna snaptu gak..
dah macam dbkl dah facebook ni.. semua benda dia sapu
kongrat untuk team snaptu & facebook, snaptu cool apps untuk multiply platform beb, lagi banyak cool apps akan ada dalam snaptu nanti aku rasa.
alamak aih… camni twitter xleh nak bukak ikot snaptu da…
jgn sampai twitter disingkirkan dari snaptu dh ler…payah ler aku nak tweet nnt…
patut la skrang ni ..snaptu dh berat semacam ye…….
semakin lama semakin menganas toi facebook nih..