05Mar

Firefox 4.0 Bakal Dilepaskan Tidak Lama Lagi

Perisian, Sumber Terbuka

Nampaknya kini Mozilla sudah menghampiri fasa-fasa terakhir sebelum pelayar web Firefox 4 yang dinantikan ramai itu dilepaskan. Hari ini, versi pembangunan Firefox 4.0 RC1 dilepaskan, yang mana dijangkakan ianya juga akan menjadi versi akhir Firefox 4.0 kelak.

Mozilla inginkan lebih 3 juta pengguna terlebih dahulu memuat-turun dan menguji pelayar web Firefox 4.0 RC1 sebelum versi akhirnya dilepaskan, supaya pelayar web Firefox 4.0 akhir nanti tidak mempunyai sebarang masalah dan melepasi pelbagai tahap kualiti.

Pada masa yang sama, dalam usaha untuk mendengar maklumbalas para pengguna, Mozilla meminta mereka tweet akan sebarang perkara berkaitan Firefox 4.0 dengan menggunakan hashtag #fx4. Mungkin kita akan dapat menggunakan pelayar web terbaru daripada Mozilla ini tidak lama lagi.


When you tweet about Firefox 4, use the #fx4 hashtag, please. Did we mention it’s going to be awesome? You’ll want to tweet a lot :) #fx4less than a minute ago via Twitter for Mac


Flock Di Ambil-Alih Oleh Zynga
Opera 11.10 Barracuda Versi Beta Sedia Diuji
Ujian Fungsi Navigasi Kompak Pada Chrome Dimatikan Oleh Google
Sokongan Aplikasi Android Pada PlayBook BBX 2.0 Diperlihatkan
WinZip 16 Diperkenalkan Bersama-sama Perkhidmatan ZipShare Dan ZipSend

4 Komen

  1. steady eddie pada 05 Mar 2011

    firefox sentiasa di hatiku

  2. apaajanews pada 05 Mar 2011

    dengan harapan firefox4 lebih laju dari yang lama dan tak crash…tapi kalau nak dibandingkan firefox memang mantap chrome ok juga tapi selalu crash

  3. syafiq.net pada 07 Mar 2011

    penat aku tunggu FX4 neh. cepat la weh!

  4. Taufik Mansor pada 07 Mar 2011

    chrome aku x pernah crash…. komputer spec lama memang la crash…. kalau ram power.. mustahil chrome crash..aku dh pakai bertahun lamanya….

    lagipun chrome lg bagus dari firefox… apapun dua-dua browser ini adalah open source… :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader