29Mar

Firefox 4.0 Kini Mempunyai Lebih 4.0% Pegangan Penggunaan

Perisian

Nampaknya kini Firefox 4.0 terus meninggalkan jauh Internet Explorer 9. Seperti sedia maklum, kedua-dua pelayar web ini telah dilepaskan dengan beza masa selang seminggu, dimana, pada hari pelancarannya sahaja Internet Explorer 9 telah dimuat-turun sebanyak 2.3 juta kali, manakal Firefox 4.0 telah dimuat-turun lebih 7 juta kali.

Walaubagaimanapun, apa yang penting adalah angka penggunaannya. Untuk memperlihatkan penggunaan kedua-dua pelayar web ini, Mozilla telah menyediakan sebuah graf ringkas, membandingkan kedua-dua pelayar web ini hasil rujukan data daripada StatCounter dan juga NetApplications.

Secara puratanya, penggunaan Firefox 4.0 dilihat sekitar 4% hingga 5%, manakala Internet Explorer 9 pula dilihat diantara 1% hingga 2%. Kedua-dua angka ini masih lagi terlalu awal, dan mungkin kita akan dapat melihat perubahan besar menjelang beberapa minggu lagi, ataupun apabila data rasmi penggunaan pelayar web bulanan dikeluarkan kelak.

Sehingga artikel ini ditulis, angka muat-turun Firefox 4.0 telah melangkaui angka 39 juta.


Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia
Chromium Mencecah Angka Versi 7
Pembangunan Firefox Akan Lebih Dipercepatkan
Google Ingin Menghilangkan Bar Alamat Pada Chrome?
Adobe Membawakan Flash Ke iOS Melalui Flash Media Server

5 Komen

  1. epulpecoi pada 29 Mar 2011

    firefox power la

  2. ekspresiruang pada 29 Mar 2011

    wow, 39 juta! mmg demam firefox lak skg ni. chrome, cpt upgrade! huhu

  3. wazy pada 29 Mar 2011

    fireox 4 ni antara yang terbaik dikalangan terbaik
    tak rugi download dan cuba install

  4. Azam pada 29 Mar 2011

    tak suka Chrome…

  5. shah pada 30 Mar 2011

    firefox 4.0 bru je crashed!!!


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader