26Mar

Firefox 4.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali

Perisian, Sumber Terbuka

Muat-turun Firefox 4.0 masih lagi aktif, dimana kini angka muat-turun keseluruhan Firefox 4.0 telah pun melangkaui angka 30 juta, dan ianya masih lagi aktif dimuat-turun diseluruh dunia. Mozilla sebelum ini secara rasminya telah melancarkan Firefox 4.0 pada 22 Mac yang lepas, menyaksikan lebih 7 juta muat-turun dalam 24 jam pertama.

Buat masa ini, secara purata, Firefox 4.0 sedang dimuat-turun dengan kadar 4,500 muat-turun setiap minit, dan masih lagi sedang hangat dibincangkan pada laman-laman sosial, termasuk Twitter dan Facebook.

Seperti sedia maklum sebelum ini, Firefox 4.0 membawakan pelbagai perkara baru, termasuk antaramuka yang baru, kebolehan sync antara peranti, prestasi dan sekurit yang dipertingkatkan, dan banyak lagi perkara baru. Para pengguna boleh memuat-turun Firefox 4.0 secara percuma untuk Windows, Linux dan Mac OS X, serta mengikuti perkembangan statistik semasa muat-turun melalui glow.mozilla.org.


Firefox 3.1 Beta 1 Lebih Pantas Dari Chrome
Lupakan Firefox 3.1, Kini Firefox 3.5
Lebih 10% Pengguna Kini Menggunakan Google Chrome
Versi Akhir Firefox 5 Pada 21 Jun Kelak
UIAM Memperkenalkan Aplikasi Berasaskan Geolokasi - HajjLocator

8 Komen

  1. ekspresiruang pada 26 Mar 2011

    ehm masih setia sgn chrome. mcm sayang sbb dah byk bookmark kt chrome

    • Affuan pada 27 Mar 2011

      Aku guna Google Bookmarks – so tiada masalah tukar-tukar browser. :)

  2. Acul pada 27 Mar 2011

    memang terbaik a firefox. aku masih lg setia pakai firefox :)

  3. syzwnsrwk pada 27 Mar 2011

    kena beralih ke version 4. version 3.6 makan banyak ram -_-”

  4. Affuan pada 27 Mar 2011

    Lebih laju. Lebih simple. Hampir sama dengan fungsi Chrome. Contoh: Menu Open Link in New Tab kini berada di atas menu Open Link in New Window. Chrome tak ada fungsi Pagerank, mungkin akan kembali kepada Firefox.

    *ntah lah. perasaan aku je kot. :)

  5. MuJE pada 27 Mar 2011

    dengan keadaan internet yang tenat, Chrome lebih mendapat tempat di hati.

  6. chidor pada 28 Mar 2011

    firefox4 mmg superb.. laju dan ringan.. yg paling best ada app tab.. mmg terbaek :D

  7. aimannajmy pada 28 Mar 2011

    alamak baru tahu..kena donlod la japgi


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader